Perlukan bantuan dana segera?  Hubungi kami untuk bantuan kempen.

A CHARITY TALENT PERFORMANCE

Memohon sumbangan ikhlas bagi program A Charity Talent Performance anjuran Kelab Penyayang UUM. Sumbangan ini juga akan disalurkan kepada anak yatim dan orang yang memerlukan
A CHARITY TALENT PERFORMANCE
Komuniti

RM 35.00

daripada sasaran RM 340.00
10.294117647059% Complete

3

penyumbang
Mengapa sumbang melalui iSADAQAH dan tidak terus kepada penerima? Baca selebihnya di sini

Program A Chariity Talent Performance  ini merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Kelab Penyayang Universiti Utara Malaysia. Program ini dilaksanakan bertujuan untuk menggalakkan amal kebajikan dan kesukarelawan di kalang pelajar UUM dan masyarakat. Selain itu program ini juga mengumpul dana untuk kebajikan melalui kutipan derma daripada penonton. Ini juga memberi peluang kepada pelajar UUM mempamerkan bakat dan kreativiti mereka di atas pentas.

Program ini dijalankan pada 29 Desember 2023( Jumaaat) dengan melibatkan seramai 29 orang ahli kelab penyayang. Program ini juga akan mengadakan sesi kutipan derma daripada para penonton untuk disumbangkan kepada anak yatim.

Semangat kesukarelawan dan keikhlasan menjadi pendorong utama kejayaan Program A Charity Talent Performance ini. Setiap ahli kelab penyayang dengan tulus ikhlas menyumbangkan waktu dan tenaga mereka untuk memastikan kelancaran dan kejayaan program ini. Keinginan untuk berbuat kebaikan dan memberi sumbangan kepada anak yatim menjadikan setiap usaha ini bernilai lebih dari sekadar acara kebudayaan. Keikhlasan hati para peserta dan penonton adalah daya penggerak yang membawa sentuhan kehangatan dan kegembiraan kepada setiap insan yang terlibat. Dengan semangat kebersamaan dan ikhlas, diharapkan Program A Charity Talent Performance dapat menjadi titik permulaan untuk lebih banyak inisiatif kebajikan dan kesukarelawanan di kalangan pelajar dan masyarakat Universiti Utara Malaysia.


Untuk Makluman Semua

100% sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan projek ini sepenuhnya. Sebagai langkah kesahihan pelaksanaan projek ini, pihak iSADAQAH juga akan sentiasa mengemaskini anda dengan keseluruhan kutipan yang diterima, resit sumbangan, gambar aktiviti kempen serta koordinat GPS komuniti yang menerima bantuan sebagai bukti ketelusan pihak iSADAQAH dalam menjayakan projek ini.

Bantu Kempen Ini

Setiap sumbangan yang diberi kepada kempen ini amat dihargai.

Kongsi Kempen

Bantu biayai kempen ini dengan berkongsi. Satu perkongsian kempen boleh membawa sumbangan RM10 daripada seorang penderma!

Kempen telah berakhir

13 Jan 2024

10% jumlah sumbangan

16 Dec 2023

Sumbangan pertama

16 Dec 2023

Kempen dilancarkan

14 Dec 2023