Ada soalan lain?
Jika ada sebarang soalan dan pertanyaan lain, sila hubungi kami melalui Whatsapp atau email kepada kami.
Kempen (20)
Sesiapa sahaja boleh menyertai yang terdiri daripada individu, persatuan NGO, parti politik, dan badan-badan berkanun.
iSADAQAH memudahkan anda untuk mendapatkan dana atau sumbangan yang anda perlukan. Hanya beberapa minit, anda boleh menyesuaikan kempen dan berkongsi dengan orang di sekeliling.
Dengan iSADAQAH, dana atau sumbangan ini akan terus kepada anda. Melalui proses yang ada, kami menjamin ketelusan setiap kempen dari penyumbang kepada penerima sumbangan. Sila hubungi kami, kami akan berurusan dengan anda dalam masa terdekat.
iSADAQAH adalah platform untuk anda mendapatkan sumbangan pada diri anda, organisasi atau orang tersayang yang memerlukan bantuan, pilih kategori dan mulakan kempen anda.
Kami akan sentiasa terus melihat keunikan kempen anda agar boleh mendapatkan sumbangan. Kebarangkalian adalah tidak terhad!
Kempen anda di iSADAQAH sentiasa diutamakan. Keselamatan dan ketelusan adalah keutamaan kami. Kita menggunakan kaedah terbaik untuk keselamatan pembayaran yang anda lakukan mengikut encryption technology. Bukan sekadar itu, sumbangan anda selamat sehingga anda sendiri sedia untuk mengeluarkannya!
Pastinya! Tolong menolong amalan yang sangat mulia, jika anda tidak mampu untuk menyumbang wang ringgit, iSADAQAH tempat yang sesuai untuk anda berbakti pada masyarakat. Anda boleh memantau kempen sumbangan sepenuhnya. Log masuk. Daftar iSADAQAH sekarang, usaha anda dihargai. iSADAQAH akan memaparkan anda sebagai penaja kempen.
iSADAQAH menyediakan platform ini secara percuma kepada anda untuk mendaftar dan membuat kempen, anda bebas berkongsi kempen dengan orang lain. 100% hasil sumbangan milik kempen anda.
Ya. Anda cuma perlu menetapkan sasaran kempen. Jika sekiranya telah tamat tempoh, kempen boleh dimulakan semula dengan jumlah yang sedia ada. Kempen anda akan terus berada di sini sehingga anda memilih untuk berhentikan sumbangan atau menutup kempen. Walaubagaimanapun, rekod anda akan terus dipaparkan dan kejayaan anda akan menjadi motivasi kepada orang lain.
Tiada masalah. Dengan iSADAQAH, anda tetap memperoleh berapapun sumbangan yang diterima. Mencapai sasaran bukan satu keperluan.
Anda akan menerima emel setiap kali sumbangan diterima di iSADAQAH
Ya sudah pasti. iSADAQAH adalah platform yang mementingkan integriti dan ketelusan. Ada beberapa proses yang perlu disemak. Walaubagaimanapun, anda boleh memilih untuk ‘hide’ kempen dari disenarai dalam website utama iSADAQAH ketika proses pendaftaran kempen.
Umumnya, tiada jalan untuk memastikan kempen anda ‘100% private’. Ia akan dipaparkan dalam laman sesawang kami. Lagipun, sekiranya kempen ini tidak tersebar, maka kebarangkalian untuk mencapai sasaran adalah sedikit.
Kempen anda akan disokong oleh orang disekeliling anda! Ia termasuk rakan, keluarga, yang tersayang, rakan sekerja, rakan sekelas dan semua di dalam ‘circle’ anda sendiri. Mereka pula akan menarik orang lain juga untuk menyokong dan membantu anda sehingga tiada had yang khusus.
Berkongsi kempen dengan rakan dan keluarga adalah kunci utama kepada sistem iSADAQAH. Bukan hanya mereka menyumbang, tetapi mereka juga akan berkongsi dengan rakan dan keluarga mereka yang lain. Ia akan terus berkembang. Bagaimana untuk memulakan sesuatu kepada orang yang tidak dikenali?
Ia tidaklah satu kewajipan, tetapi menghubungkan akaun anda dengan Facebook adalah amat digalakkan. Bahkan, ia menjadikan kempen anda sangat mudah!
Kempen mengumpul dana melalui iSADAQAH tertakluk kepada kategori-kategori yang telah ditetapkan sahaja. Kategori-kategorinya adalah seperti berikut:
- Perubatan
- Kemanusiaan
- Komuniti
- Pendidikan
- Umum
- Wanita
Walaubagaimanapun, kempen anda perlu melalui proses verifikasi pihak kami untuk menentukan kesahihan kempen anda.
Setiap kempen melalui iSADAQAH disertakan “unique link” bagi tujuan perkongsian kempen anda kepada orang di luar sana. Perkongsian kempen melalui iSADAQAH amat mudah dimana ianya mengoptimumkan penggunaan email, Whatapps, Twitter, Facebook dan pelbagai media sosial yang berkaitan.
Ciri-ciri yang ditawarkan oleh iSADAQAH membolehkan anda mengucapkan terima kasih secara digital dengan hanya mengisi ruangan nota terima kasih semasa memulakan kempen baru.
Boleh jika penderma membenarkan maklumatnya dikongsi. Walaubagaimanapun ianya tertakluk kepada Akta Perlindungan Data Peribadi (2010).
Boleh jika penderma membenarkan maklumatnya dikongsi. Walaubagaimanapun ianya tertakluk kepada Akta Perlindungan Data Peribadi (2010).
Bilamana kempen anda telah lengkap, rakan-rakan dan keluarga dengan segera boleh membuat carian di iSADAQAH di Direktori Carian. Sesiapa sahaja yang mempunyai link anda boleh akses kepadanya.
Sumbangan (7)
Tidak dikenakan caj. Namun pihak iSADAQAH berbesar hati dan berterima kasih jika penyumbang dapat memberikan sedikit token untuk tingkatkan kualiti iSADAQAH.
iSADAQAH boleh menerima mana-mana sumbangan dari seluruh negara. Pembayaran online akan melalui payment gateway (Toyyibpay) yang mensyaratkan pemindahan dari akaun bank di Malaysia.
Kadar tukaran mata-wang akan ditentukan oleh payment gateway sekiranya penerimaan asal dalam matawang asing. Pembayaran Kad kredit dan paypal belum boleh diterima setakat ini. Kami sedang berusaha agar capaian ini merangkumi ke seluruh dunia.
Buat masa ini, operasi penerimaan sumbangan hanya kepada mereka yang mempunyai akaun di Malaysia sahaja.
Sudah pasti. Mobile version iSADAQAH sedia menerima sumbangan anda. Jika anda berkempen, semua maklumat akan tetap dipaparkan sama seperti website penuh.
Tidak boleh. Mereka dilindungi undang-undang. Walaupun begitu, iSADAQAH reserve right terhadap semua maklumat penyumbang bagi tujuan pemantauan dan rekod. Semua maklumat tersebut adalah sulit dan tertakluk kepada PDPA 2010.
iSADAQAH sendiri tidak mempunyai sebarang hak perlepasan cukai. Ada sesetengah penerima sumbangan mendapat hak perlepasan cukai (seperti NGO berdaftar). Itu tertakluk kepada pihak NGO itu sendiri. Kami sedang berusaha ke arah membantu penyumbang.
Walaubagaimanapun, pihak iSADAQAH akan mengeluarkan resit sumbangan melalui email yang telah diberikan oleh penyumbang jika diperlukan oleh penyumbang.
Dengan setiap orang yang berkempen untuk mengumpul dana, pihak iSADAQAH sedaya upaya memastikan setiap kempen yang dimasukkan melaui iSADAQAH melalui tapisan - tapisan agar ianya tidak bertentangan dengan undang - undang Malaysia dan sesiapa sahaja boleh melaporkan kepada iSADAQAH jika ada sesuatu “penipuan“ dikenal pasti.
Pihak iSADAQAH ingin menegaskan kepada setiap pengunjung dan para dermawan agar menderma kepada pihak yang dikenali dan dipercayai.
Pengeluaran (2)
Apabila kempen anda mula menerima sumbangan online. Setelah tempoh tamat, anda boleh memohon mengeluarkan sumbangan tersebut. Urusetia iSADAQAH akan ke lokasi atau perjumpaan bersama anda untuk membuat pengesahan kesahihan kempen anda. Jika kesahihan kempen anda benar, wang hasil sumbangan kempen akan dimasukkan dalam masa 48jam waktu bekerja. Jika didapati kesahihan kempen anda palsu, pihak iSADAQAH akan melaporkan kes penipuan kepada pihak berkuasa dan anda akan diban dari melakukan sebarang kempen di iSADAQAH. Hasil sumbagan kempen tadi akan dipulangkan atau diagihkan kepada kempen-kempen yang lain di iSADAQAH. Tertakluk kepada terma dan syarat.
Setelah hasil mengesah kesahihan kempen oleh urusetia iSADAQAH selesai. Wang hasil sumbangan kempen akan dimasukkan dalam masa 48jam waktu bekerja. Bagi mengelakkan masalah teknikal, kita meletakkan maksimum proses ini mengambil masa 7 hari bekerja.
Lain-Lain (6)
iSADAQAH adalah penyedia kepada platform kempen anda. Kami membantu anda menyiapkan laporan sumbangan dan statistik berkaitan kempen. Ia memudahkan organisasi anda menyusun akaun dengan tersusun dan telus.
Jika anda sedang mengumpul dana untuk melakukan sesuatu yang anda percaya anda boleh melakukannya, ramai orang di luar sana bersungguh untuk menyokong anda. iSADAQAH memberikan anda platform di mana anda boleh berkongsi impian mahupun cerita dengan keluarga, rakan, orang yang tersayang dan juga sesiapa sahaja.
Setiap kempen mengumpul dana disyorkan berkongsi melalui akaun Facebook, Whatapps Group, Telegram group dan lain-lain media sosial untuk memaksimunkan kutipan sumbangan kempen anda. Anda boleh mengoptimumkan penggunaan media sosial anda untuk mencapai hasrat anda dengan cara “muatnaik” foto mahupun video dan terangkan secara jelas mengapa anda memerlukan dana.
Cara terbaik untuk mendapatkan perhatian dari pihak media dengan memastikan pihak media tertarik dengan cerita anda. Umum mengetahui pihak media memang dahagakan berita-berita menarik lebih-lebih lagi melibatkan kemanusiaan. Apabila cerita anda mendapat perhatian, iSADAQAH akan menghubungkan anda.
Buat masa ini masih belum ada dan ianya sentiasa menjadi keutamaan iSADAQAH agar boleh dengan pengunjung, dermawan dan pengumpul dana di mana-mana sahaja.
Umun sedia maklum, iSADAQAH tidak mengenakan sebarang yuran atau caj kepada pemilik kempen. 100% Percuma.
iSADAQAH dibangunkan oleh sekumpulan sukarelawan anak muda untuk membantu memudahkan orang ramai mencari dana, derma, sumbangan dan infaq bagi yang memerlukan.
Kos operasi iSADAQAH seperti penyedia server, rangkaian internet, khidmat penyedia payment gateway, sewaan pejabat, bayaran gaji kepada staff admin dan elaun sekumpulan sukarelawan datang dari sumbangan peribadi orang perseorangan, syarikat korparat dan juga daripada pemberian token penghargaan dari penyumbang.
Tidak semestinya, sesiapa sahaja boleh mengumpul dana secara online menggunakan iSADAQAH. Anda juga boleh mengumpul dana bagi pihak orang lain dan sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan asalkan anda mewakili NGO atau mana-mana agensi. iSADAQAH direka untuk menghubungkan setiap kempen kepada para dermawan di luar sana.