Perlukan bantuan dana segera?  Hubungi kami untuk bantuan kempen.

ACADEMIC MOTIVATIONAL CLINIC

"Academic Motivational Clinic" adalah sebuah program motivasi yang berkhususkan pemantapan kepimpinan dan akademik dalam kalangan pelajar orang Asli.
ACADEMIC MOTIVATIONAL CLINIC
Pendidikan

RM 745.00

daripada sasaran RM 2,900.00
25.689655172414% Complete

31

penyumbang
Mengapa sumbang melalui iSADAQAH dan tidak terus kepada penerima? Baca selebihnya di sini

Pendidikan merupakan elemen terpenting dalam membangunkan dan meningkatkan taraf hidup sesebuah masyarakat. Sebagai minoriti dalam kalangan penduduk Malaysia, masyarakat orang asli memerlukan keprihatinan kita untuk membantu mereka dalam pelbagai cara termasuk pendidikan dan motivasi terutamanya untuk kanak-kanak. Malah, salah satu objektif utama kami adalah untuk membawa impak positif kepada kehidupan mereka, serta menerapkan Islam sebagai cara hidup.

Program ini merupakan program tahunan bagi Kelab COMRADE IIUM Kampus Gombak. Kali ini, program motivasi ini bakal diadadakan di SMK Ulu Kinta, Lembah Kinta, Perak pada pertengahan bulan Ogos nanti. Objektif utama bagi program ini adalah "Creative Thinking", " Problem Solving" dan "Career Guidance" untuk pelajar. Justeru, pelaksanaan Kem Kepimpinan ditetapkan sebagai program pemikiran kreatif dan kritis kepada pelajar orang asli, demi berusaha dan mencerahkan masa depan mereka. Program ini juga memberi tumpuan kepada cara membangunkan kemahiran berfikir luar kotak, kemahiran sosial, psikologi, jasmani dan rohani pelajar berdasarkan Intelligent Quotient (IQ) dan Emotional Quotient (EQ) pelajar. 


Untuk Makluman Semua

100% sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan projek ini sepenuhnya. Sebagai langkah kesahihan pelaksanaan projek ini, pihak iSADAQAH juga akan sentiasa mengemaskini anda dengan keseluruhan kutipan yang diterima, resit sumbangan, gambar aktiviti kempen serta koordinat GPS komuniti yang menerima bantuan sebagai bukti ketelusan pihak iSADAQAH dalam menjayakan projek ini.

Bantu Kempen Ini

Setiap sumbangan yang diberi kepada kempen ini amat dihargai.

Kongsi Kempen

Bantu biayai kempen ini dengan berkongsi. Satu perkongsian kempen boleh membawa sumbangan RM10 daripada seorang penderma!

Kempen telah berakhir

19 Aug 2022

10% jumlah sumbangan

06 Aug 2022

Sumbangan ke-10

05 Aug 2022

Sumbangan pertama

28 Jul 2022

Kempen dilancarkan

20 Jul 2022