Perlukan bantuan dana segera?  Hubungi kami untuk bantuan kempen.

AIR UNTUK GAZA 2025

Projek Air di Gaza digerakkan untuk menyampaikan air bersih kepada penduduk Gaza. Selain itu, kami turut membantu mereka untuk membaiki paip atau sumber sedia ada bagi memulihkan bekalan air.
AIR UNTUK GAZA 2025
Kemanusiaan

RM 0.00

daripada sasaran RM 51,000.00
0% Complete

0

penyumbang

89

hari lagi
Mengapa sumbang melalui iSADAQAH dan tidak terus kepada penerima? Baca selebihnya di sini

 

Projek Air Jun-2025

 

Utara Gaza

SASARAN PROJEK AIR [OGOS 2025] : RM51,000

Pertubuhan Cakna Palestin Malaysia sentiasa komited dalam membantu Palestin terutamanya di Gaza. Penghapusan etnik di Gaza tidak melemahkan kami malah kami lebih bersemangat untuk membantu bagi menguatkan semangat juang penduduk Gaza untuk membebaskan bumi Palestin itu sendiri.

Air sebagai keperluan asas ini adalah sangat penting. Kebuluran berlaku ditahap paling serius di Gaza saat ini. Air yang bersih sukar untuk didapati. Pihak kami dengan kerjsama perlbagai NGO di Gaza berusaha untuk menyampaikan bantuan yang diperlukan mengikut keadaan semasa dan keperluan yang mampu kami berikan. Harga mencanak tinggi namun dibahu kami, ada banyak nyawa yang kami perlu bantu agar mereka tidak lemah semangat.

Kalian sayangkan Palestin kan?

Ayuh sama-sama kita bantu.

1 trak air bernilai USD 1,000. 
Satu projek, 6 trak air diperlukan.
Kami sasarkan 12 trak air untuk bulan Ogos nanti dengan nilaii RM 51,000.00 sahaja.

Bantu kami untuk bantu Gaza.


Untuk Makluman Semua

100% sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan projek ini sepenuhnya. Sebagai langkah kesahihan pelaksanaan projek ini, pihak iSADAQAH juga akan sentiasa mengemaskini anda dengan keseluruhan kutipan yang diterima, resit sumbangan, gambar aktiviti kempen serta koordinat GPS komuniti yang menerima bantuan sebagai bukti ketelusan pihak iSADAQAH dalam menjayakan projek ini.

Bantu Kempen Ini

Setiap sumbangan yang diberi kepada kempen ini amat dihargai.

Sumbang
Kongsi Kempen

Bantu biayai kempen ini dengan berkongsi. Satu perkongsian kempen boleh membawa sumbangan RM10 daripada seorang penderma!

Kempen dilancarkan

26 Jun 2025