Selayang, Selangor

3.26100623, 101.68135761
Komuniti

RM 1,700.00

daripada sasaran RM 2,000.00
85% Complete
68
Penyumbang
30
Hari

1. Ringkasan Laporan

Sekretariat Rukun Negara IIUM (SRN IIUM) telah menganjurkan program Amal Ramadhan pada 24 April 2021 yang lalu memfokuskan pemberian kit makanan asas kepadakeluarga asnaf dan penduduk setinggan di sekitar Gomabk dalam menjalani bulan Ramadhan pada tahun ini. Pada permulaan kempen, SRN IIUM mensasarkan sebanyak 50 keluarga dan alhamdulillah kami memperoleh dana tambahan berserta platform yang disediakan iSadaqah. 

Pemberian kit makanan berjaya diagihkan kepada 70 keluarga di 3 tempat berlainan iaitu Sungai Kertas, Jalan Bacang dan Batu 12 Gombak. Alhamdulillah, program ini dilaksanakan dalam masa satu hari di mana pada pagi kami pergi membeli barang2 makanan dan pengagihan dimulakan bermula pada tengah hari hari tersebut. Kami berharap agar dapat melaksanakan lagi program seperti ini di masa akan datang dibantu plaform iSadaqah yang memudahkan pencarian dana sebelum program diadakan. 

2. Pecahan Dana

Makanan : RM 2,000.00

3. Nota Terima Kasih

Terima kasih atas sumbangan yang diberikan, jasa anda amat dihargai. Semoga segala kebaikan yang anda lakukan akan dibalas kelak.