RM 1,222.00
daripada sasaran RM 5,000.0050
penyumbangSetiap nilai sumbangan anda adalah amanah kepada kami, untuk kami sampaikan kepada penerima. Lihat Laporan Kempen
Sebelum ini tular di media sosial, gambar seorang lelaki OKU yang didapati duduk di tangga rumahnya yang hangus dijilat api dalam masa 30minit. Mangsa merupakan orang kelainan upaya (OKU) masalah penglihatan yang tinggal bersama 2 orang abangnya. Rumah mereka hangus dijilat api pada 9 Febuari lalu di Pengkalan Chepa, Kelantan. Mengikut sumber yang diperoleh, segala mata pencarian meraka hangus di dalam kebakaran tersebut. Dimana mereka hanya sempat membawa keluar dompet serta telefon bimbit sahaja dan Alhamdulillah tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.
Jadi di sini, saya mewakili orang ramai untuk sama-sama membuat sumbangan bagi meringankan beban mereka sekeluarga. Sumbangan ini akan lebih menfokuskan kepada perbelanjaan dan keperluan harian mangsa. Mungkin sekarang banyak badan kebajikan, NGO serta NPO dan Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) telah turun padang dalam membantu mangsa menyalurkan pelbagai bentuk sumbangan. Itu tidak memutuskan semangat saya untuk membantu mangsa, kerana bantuan ini akan diutamakan untuk kegunaan jangka masa yang panjang kepada mangsa sekeluarga. Semoga dengan sumbangan dari orang ramai dapat membantu mangsa sekeluarga untuk melangsungkan kehidupan yang baru. Insyallah Amin.
Semoga apa yang dihajati dipermudahkan oleh Allah. Marilah kita sama-sama menghulur tangan dan membantu mereka yg memerlukan. Ingat kita rasa diri kita ni susah, tapi ramai lagi yg lebih susah dari kita.
SyazanaShaharin.
Untuk Makluman Semua
100% sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan projek ini sepenuhnya. Sebagai langkah kesahihan pelaksanaan projek ini, pihak iSADAQAH juga akan sentiasa mengemaskini anda dengan keseluruhan kutipan yang diterima, resit sumbangan, gambar aktiviti kempen serta koordinat GPS komuniti yang menerima bantuan sebagai bukti ketelusan pihak iSADAQAH dalam menjayakan projek ini.
Sumbangan ke-50
17 May 2021
Kempen telah berakhir
12 May 2021
10% jumlah sumbangan
16 Feb 2021
Sumbangan ke-10
13 Feb 2021
Sumbangan pertama
11 Feb 2021
Kempen dilancarkan
11 Feb 2021