Perlukan bantuan dana segera?  Hubungi kami untuk bantuan kempen.

BANTU ANAK YATIM HAFIZAH TAMATKAN PENGAJIAN

Kempen Derma ini untuk membantu seorang pelajar tahfiz yang yatim kematian bapa sejak berusia 12 tahun menanggung yuran pengajian dan sara diri.
BANTU ANAK YATIM HAFIZAH TAMATKAN PENGAJIAN
Pendidikan

RM 1,222.00

daripada sasaran RM 2,000.00
61.1% Complete

38

penyumbang
Mengapa sumbang melalui iSADAQAH dan tidak terus kepada penerima? Baca selebihnya di sini

Assalammualaikum wbt.

Bismillahirrahmanirrahim. Kempen ini dijalankan untuk pelajar tahfiz yang yatim kematian bapa sejak berusia 12 tahun iaitu NUR RAHAADATUL `AISY BINTI MOHD HATTA yang telah lengkap hafazan 30 juzuk Al-Quran dan akan menjalani proses Syahadah Tahfiz Al-Quran dalam tempoh 6 bulan lagi untuk membiayai yuran pendaftaran sesi 2025 berjumlah RM1,600 dan keperluan sara hidup berjumlah RM400 setiap bulan.

Ibu kepada Nur Rahaadatul adalah seorang pesakit Hyperthyroidism dan Type 2 Diabetes yang memerlukan rawatan setiap 6 minggu yang menyebabkan beliau hilang keupayaan untuk bekerja dan terbatas untuk menanggung kos sara hidup dan pendidikan anak-anak beliau. Kes ini telah dirujuk kepada Lembaga Zakat Selangor, namun pihak zakat tidak menyediakan bantuan kecemasan yang melibatkan dana pendidikan. 

Oleh itu, diharap kempen derma ini dapat menarik perhatian mana-mana pihak yang punya ihsan dan simpati bagi anak-anak yatim yang memerlukan sokongan pendidikan demi masa depan mereka sekaligus menyumbang kepada perkembangan generasi muda yang celik Al-Quran.


Untuk Makluman Semua

100% sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan projek ini sepenuhnya. Sebagai langkah kesahihan pelaksanaan projek ini, pihak iSADAQAH juga akan sentiasa mengemaskini anda dengan keseluruhan kutipan yang diterima, resit sumbangan, gambar aktiviti kempen serta koordinat GPS komuniti yang menerima bantuan sebagai bukti ketelusan pihak iSADAQAH dalam menjayakan projek ini.

Bantu Kempen Ini

Setiap sumbangan yang diberi kepada kempen ini amat dihargai.

Kongsi Kempen

Bantu biayai kempen ini dengan berkongsi. Satu perkongsian kempen boleh membawa sumbangan RM10 daripada seorang penderma!

Kempen telah berakhir

06 Mar 2025

50% jumlah sumbangan

15 Feb 2025

Sumbangan ke-10

06 Feb 2025

10% jumlah sumbangan

04 Feb 2025

Sumbangan pertama

04 Feb 2025

Kempen dilancarkan

04 Feb 2025