Perlukan bantuan dana segera?  Hubungi kami untuk bantuan kempen.

BANTU AYEN UNTUK SIHAT DAN AKTIF SEPERTI DAHULU

Ayen ialah seekor kucing comel yang sedang bertarung melawan penyakit FIP (Feline Infectious Peritonitis) yang membunuh dan Ayen sangat memerlukan bantuan dana daripada sumbangan orang ramai.
BANTU AYEN UNTUK SIHAT DAN AKTIF SEPERTI DAHULU
Perubatan

RM 123.00

daripada sasaran RM 7,361.00
1.6709686183942% Complete

9

penyumbang
Mengapa sumbang melalui iSADAQAH dan tidak terus kepada penerima? Baca selebihnya di sini

Setiap nilai sumbangan anda adalah amanah kepada kami, untuk kami sampaikan kepada penerima. Lihat Laporan Kempen

Assalamualaikum, saya Ummirah iaitu penjaga kepada kucing bernama Ayen ini. Ayen merupakan kucing yang sangat aktif dan suka bermain pada mulanya. Sehingga pada March 2020, Ayen telah menunjukkan simptom kelesuan, kemurungan, tidak bersosial, dan tidur berlebihan. Pada mulanya saya sekeluarga menganggap Ayen lebih suka duduk di rumah dan tidur disebabkan oleh tidak didedahkan dengan pengetahuan tentang simptom awal penyakit FIP.

9k=

Sehinggakan pada suatu hari keadaan Ayen teruk apabila dia tidak mampu berjalan dengan stabil dan selalu rebah. Saya bergegas membawanya ke veterinar dan membuat ujian darah. Berdasarkan ujian darah, tahap darah Ayen sangat membahayakan dan vet telah mengesahkan Ayen menghadapi penyakit FIP Kering (Feline Infectious Peritonitis) dan menunjukkan simptom neuro sehinggakan dia lumpuh kini. Veterinar menyatakan bahawa penyakit FIP ini tidak mempunyai rawatan yang boleh menyembuhkan dan Ayen akan mati secara perlahan. Saya sangat sedih dan tidak berpuas hati jadi saya telah membuat kajian tentang penyakit FIP sehingga terjumpa satu sumber yang mengatakan tentang wujudnya organisasi bertapak di Malaysia yang menawarkan ubat mati virus FIP yang mempu merawat penyakit ini. Ubat tersebut telah terbukti secara klinikal dan berkesan. Ubat itu dinamakan GS 441524. Saya telah melihat banyak testimoni yang menunjukkan keberkesanan ubat tersebut. Ubat tersebut telah dikaji oleh Dr Petersen daripada Amerika Syarikat. Namun, kos rawatannya sangat mahal pada saya yang kurang berkemampuan ini. Tambahan lagi Ayen mempunyai neuro simptom di mana memerlukan kepekatan ubat yang lebih tinggi dan harganya juga semakin tinggi. Pada mulanya saya hampir berputus asa kerana tidak mampu tetapi bila saya berfikir kembali sangat tidak adil untuk kucing kesayangan saya ini jika saya tidak cuba dan berusaha mengumpul dana. Berikut merupakan butiran kos rawatan Ayen :

17 mg kepekatan : 1.1 ml dos / hari untuk 84 hari

Saiz botol dan harga : 7 ml / RM 499

Anggaran jumlah 84 hari : 14 botol

Kos ujian darah : RM 100 x 3 kali

Ubat sampingan : Vitamin B12 untuk menaikkan darah = RM 75 / botol

Jumlah keseluruhan : RM 7,361

 

Oleh itu, saya sangat berharap ada insan yang baik hati sudi membantu menghulurkan sumbangan untuk menampung kos rawatan Ayen supaya dia sihat seperti dahulu. Saya sangat merindukan kucing saya yang sihat dan aktif :(

 


Untuk Makluman Semua

100% sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan projek ini sepenuhnya. Sebagai langkah kesahihan pelaksanaan projek ini, pihak iSADAQAH juga akan sentiasa mengemaskini anda dengan keseluruhan kutipan yang diterima, resit sumbangan, gambar aktiviti kempen serta koordinat GPS komuniti yang menerima bantuan sebagai bukti ketelusan pihak iSADAQAH dalam menjayakan projek ini.

Bantu Kempen Ini

Setiap sumbangan yang diberi kepada kempen ini amat dihargai.

Kongsi Kempen

Bantu biayai kempen ini dengan berkongsi. Satu perkongsian kempen boleh membawa sumbangan RM10 daripada seorang penderma!

Kempen telah berakhir

01 Mar 2021

Sumbangan pertama

30 Jan 2021

Kempen dilancarkan

30 Jan 2021