RM 19,891.00
daripada sasaran RM 500,000.00909
penyumbang82
hari lagiAssalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera. Anak kami, Aleena Suraya Binti Muhamad Syarifuddin, disahkan menghidapi SMA (Spinal Muscular Athrophy) Type 1 selepas ujian darah di usia 6 bulan pada awal bulan Mac.
Perkembangan Aleena Suraya mula dicurigai diwaktu berusia 4-5 bulan ketika membuat ujian berkala di klinik kerajaan dimana mereka perasan yang Aleena masih tidak mampu memusingkan pinganganya , mengangkat kaki ketika baring, menahan kepala dari terlentok ketika dukung, gengaman jari memegang barang mainan tidak kuat , berat badan kurang meningkat dan lain-lain faktor lagi.
Jadi pihak KK telah merujukkan kami ke klinik PEAD dan berdasakan analisis mereka , Aleena mempunyai simptom hypotonia. Langsung membawa kepada prosess ujian darah untuk mengenal pasti jenis penyakit dan dari situ Aleena dikenalpasti menghidapi SMA TYPE 1.
Di awal bulan April 2023 kami telah ke HTA setelah mendapat surat rujukan dari Klinik PAED bagi berjumpa doktor pakar neurologi untuk mendapatkan kaunseling dan cara untuk merawat penyakit SMA ini.
Terkini Aleena baru pulih setelah menghidap RSV di mana dia perlu di masukkan wad Picu pada 21/4/2023 dan dibenarkan pulang pada 6/5/2023 namun Aleena perlu minum susu mengunakan tiub kerana doktor pakar khuatir jika Aleena minum mengunakan botol memberi kesan pada kadar pernafasan.
Tidak lama selepas itu Aleena perlu dimasukkan ke wad Picu semula pada 10/5/2023 kerana menghidap demam Kawasaki dimana suhu badan berada di sekitar 38-40 celcius dan kadar degupan jantung meningkat kepada 170-200 per minit namun kami bersyukur setelah mendapatkan rawatan keadaan Aleena bertambah baik.
Kami mengetahui kos perubatan Aleena Suraya sangat tinggi dimana memerlukan USD 2.125million bersamaan RM 9.48juta. mengikut harga pasaran. InshaAllah, ikhtiar gene therapy (Zolgensma) adalah usaha kami dalam mendapatkan rawatan yg terbaik buat Aleena Suraya untuk teruskan hidup.
Untuk Makluman Semua
100% sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan projek ini sepenuhnya. Sebagai langkah kesahihan pelaksanaan projek ini, pihak iSADAQAH juga akan sentiasa mengemaskini anda dengan keseluruhan kutipan yang diterima, resit sumbangan, gambar aktiviti kempen serta koordinat GPS komuniti yang menerima bantuan sebagai bukti ketelusan pihak iSADAQAH dalam menjayakan projek ini.
Sumbangan ke-100
27 May 2023
Sumbangan ke-50
27 May 2023
Sumbangan ke-10
27 May 2023
Sumbangan pertama
27 May 2023
Kempen dilancarkan
27 May 2023