Perlukan bantuan dana segera?  Hubungi kami untuk bantuan kempen.

BANTU CHIMOK UNTUK SIHAT SEMULA

Doktor mengesahkan chimok mengalami patah tulang di bahagian kaki dan pelvic(punggung) serta mengalami kesukaran untuk membuang air kecil.
BANTU CHIMOK UNTUK SIHAT SEMULA
Perubatan

RM 2,188.50

daripada sasaran RM 4,583.00
47.752563822823% Complete

106

penyumbang
Mengapa sumbang melalui iSADAQAH dan tidak terus kepada penerima? Baca selebihnya di sini

Assalamualaikum & salam sejahtera semua,

 

Chimok merupakan seekor kucing yang manja dan lincah. 

Namun, pada tanggal 5/6/2023 Chimok dijumpai di halaman rumah dalam keadaan luka di bahagian mulut dan keadaan kaki belakang sebelah kanan yang terkulai. Chimok juga tidak dapat berdiri dan berjalan dengan sempurna akibat daripada patah tulang yang dialami oleh Chimok.

9k=

Setelah dibawa ke klinik haiwan berdekatan, doktor telah membuat imbasan x -ray kepada Chimok. Doktor mengesahkan Chimok patah di bahagian tulang pelvic (punggung) dan kaki belakang sebelah kanan. Selain itu, Chimok jugak tidak dapat membuang air kecil dengan sendiri dan memerlukan bantuan untuk membuang dengan menggunakan kaedah "compress bladder". Chimok juga masih memerlukan bantuan untuk makan akibat daripada bahagian mulutnya yang luka dan mungkin rahangnya patah serta senget.

Z

Gambar x-ray diatas menunjukkan kaki belakang bahagian kanan Chimok patah

 

9k=

Gambar x-ray diatas menunjukkan bahagian tulang pelvic (punggung) yang patah

 

9k=

Gambar x-ray diatas menunjukkan pundi kencing yg membesar akibat daripada kesukaran membuang air kecil

Doktor menyarankan untuk melakukan "compress bladder" terlebih dahulu kerana Chimok tidak dapat membuang air kecil dan dikhuatiri pundi kencing akan pecah. Doktor juga memberitahu supaya melakukan pembedahan memasang "plate" ditulang kaki dan tulang punggung yg patah dengan kadar segera agar Chimok dapat pulih seperti biasa. Sementara menunggu keputusan kami bagi meneruskan rawatan atau tidak untuk pembedahan tulang, kami mengambil saranan doktor untuk melakukan rawatan "compress bladder" terlebih dahulu. Kos untuk rawatan "compress bladder"  termasuk kos warded sampai ke harini sudah mencecah lebih kurang sebanyak RM1000. Jadi, kami berharap dapat meneruskan rawatan & melakukan pembedahan tulang untuk Chimok dengan kadar segera.

Anggaran rawatan keseluruhan adalah sebanyak RM4583.00

2Q==

Oleh itu, kami dengan rasa rendah diri memohon jasa baik anda semua untuk memberi sumbangan seikhlas hati walaupun hanya sebanyak RM1. Nilai yang didermakan amatlah bermakna buat kami. 

 


Untuk Makluman Semua

100% sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan projek ini sepenuhnya. Sebagai langkah kesahihan pelaksanaan projek ini, pihak iSADAQAH juga akan sentiasa mengemaskini anda dengan keseluruhan kutipan yang diterima, resit sumbangan, gambar aktiviti kempen serta koordinat GPS komuniti yang menerima bantuan sebagai bukti ketelusan pihak iSADAQAH dalam menjayakan projek ini.

Bantu Kempen Ini

Setiap sumbangan yang diberi kepada kempen ini amat dihargai.

Kongsi Kempen

Bantu biayai kempen ini dengan berkongsi. Satu perkongsian kempen boleh membawa sumbangan RM10 daripada seorang penderma!

Kempen telah berakhir

07 Aug 2023

Sumbangan ke-100

06 Aug 2023

Sumbangan ke-50

05 Aug 2023

10% jumlah sumbangan

15 Jul 2023

Sumbangan ke-10

09 Jul 2023

Sumbangan pertama

08 Jul 2023

Kempen dilancarkan

08 Jul 2023