Perlukan bantuan dana segera?  Hubungi kami untuk bantuan kempen.

BANTU JULIE SIHAT SEMULA

Kempen ini dilancarkan adalah untuk mengumpul dana untuk pembedahan Julie yang akan dijalankan pada 09 Oktober 2023.
BANTU JULIE SIHAT SEMULA
Perubatan

RM 0.00

daripada sasaran RM 1,603.00
0% Complete

0

penyumbang
Mengapa sumbang melalui iSADAQAH dan tidak terus kepada penerima? Baca selebihnya di sini

Nama saya adalah Eika. Saya mempunyai seekor kucing bernama Julie. Julie merupakan seekor kucing yang sangat manja dan comel. Saya telah memeliharanya sejak 13 tahun yang lalu. Julie adalah penghibur kami sekeluarga. Keletahnya sering mencuit hati.

Namun, segala merubah apabila suatu hari saya nampak kelainan pada diri Julie. Dia mula menunjukkan tanda-tanda tidak sihat. Hilang selera makan dan berat badan semakin susut. Disebabkan risau akan keadaannya, saya bergegas membawanya ke vet untuk pemeriksaan. Setelah menjalani pelbagai pemeriksaan, keputusannya sangat menghibakan hati saya. Julie kesayangan saya ini diduga dengan penyakit kanser.

Tujuan saya memulakan kempen di Kitafund adalah untuk mendapatkan rawatan bagi Julie. Kos bagi rawatannya sangatlah mahal dan saya benar-benar tidak mampu melakukannya sendirian dan perlukan bantuan anda di luar sana. Saya perlukan bantuan segera kerana keadaan Julie semakin membimbangkan. Keadaannya kini kritikal dan doktor memberitahu Julie berada dalam kesakitan. Sungguh hiba hati saya melihat keadaannya begitu.

Jumlah keseluruhan dana yang diperlukan adalah sebanyak RM 1603.00. Perinciannya adalah seperti di bawah :


Untuk Makluman Semua

100% sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan projek ini sepenuhnya. Sebagai langkah kesahihan pelaksanaan projek ini, pihak iSADAQAH juga akan sentiasa mengemaskini anda dengan keseluruhan kutipan yang diterima, resit sumbangan, gambar aktiviti kempen serta koordinat GPS komuniti yang menerima bantuan sebagai bukti ketelusan pihak iSADAQAH dalam menjayakan projek ini.

Bantu Kempen Ini

Setiap sumbangan yang diberi kepada kempen ini amat dihargai.

Kongsi Kempen

Bantu biayai kempen ini dengan berkongsi. Satu perkongsian kempen boleh membawa sumbangan RM10 daripada seorang penderma!

Kempen telah berakhir

07 Nov 2023

Kempen dilancarkan

08 Oct 2023