Perlukan bantuan dana segera?  Hubungi kami untuk bantuan kempen.

BANTU KELAS MENGAJI DI ANJUNG HIKMAH

Kempen Bantu Kelas Mengaji Di Anjung Hikmah, Pusat Komuniti di Nilai, Negeri Sembilan merupakan sebuah inisiatif untuk membantu remaja-remaja untuk belajar mengaji al-Quran secara percuma di sana.
BANTU KELAS MENGAJI DI ANJUNG HIKMAH
Komuniti

RM 0.00

daripada sasaran RM 20,000.00
0% Complete

0

penyumbang
Mengapa sumbang melalui iSADAQAH dan tidak terus kepada penerima? Baca selebihnya di sini

Siapa yang tidak terkilan bilamana mereka dah sekolah form 3 tapi masih lagi merangkak mengaji al-Quran

 

Pernah satu ketika di pusat komuniti, saya mengajak beberapa remaja-remaja di sekitar pusat komuniti tersebut untuk berbuka bersama semasa bulan Ramadan haritu. Sewaktu ingin berbuka, saya sempat mengajak untuk bersama-sama kita bertadarus al-Quran sebelum berbuka. Pada saat mulanya, saya dahulukan tadarus dalam kumpulan tersebut dengan bertadarus beberapa ayat. Bila sampai ke giliran remaja tersebut, remaja tersebut baca dalam keadaan merangkak-rangkak untuk mengaji al-Quran. Diteruskan orang ketiga, dengan harapan remaja kali ni lebih baik. Tapi, remaja kali ni tetap sama tidak pandai membaca. Malah tidak kenal huruf pun. 

Rasa sebak sebab 90% remaja yang bersekolah menengah ini tak pandai baca Al Quran. Bila saya tanya berapa umur mereka, majoritinya tingkatan 3.

9k=

Anjung Hikmah Membuka Kelas Mengaji al Quran Secara Percuma Buat Anak-Anak Ini Mengaji

Atas sebab itulah, Pusat Komuniti Anjung Hikmah, yang bertempat di Nilai, membuka kelas mengaji al-Quran buat anak-anak sekitarnya terutamanya anak-anak asnaf secara percuma. Sehingga saat ini sudah ada lebih 50 orang pelajar yang belajar mengaji di Pusat Komuniti Anjung Hikmah. 

Ayuh Bersama Anjung Hikmah Kita Membantu Anak-Anak Ini Belajar Mengaji al-Quran!

Duit sumbangan yang diterima oleh Anjung Hikmah akan digunakan untuk membiayai kos-kos berkaitan dengan kelas mengaji, seperti:

I. Kos iqra, al Quran dan bahan pengajaran - Duit sumbangan boleh digunakan untuk membeli buku Al Quran dan bahan pengajaran seperti papan tulis, marker, buku iqra dan al Quran.

II. Kos sewa tempat - Anjung Hikmah mungkin memerlukan tempat yang sesuai untuk mengadakan kelas mengaji. Duit sumbangan boleh digunakan untuk membayar sewa tempat tersebut.

III. Kos gaji guru pengajar - Anjung Hikmah memerlukan guru pengajar yang berkelayakan dan berpengalaman untuk mengajar kelas mengaji. Duit sumbangan boleh digunakan untuk membayar gaji guru pengajar tersebut.

Dengan sumbangan anda, Anjung Hikmah dapat terus berusaha untuk memberikan pendidikan Al Quran secara percuma kepada remaja-remaja yang memerlukan.

Terima kasih atas sokongan anda!

Ikuti perkembangan Anjung Hikmah di laman sosial: https://www.facebook.com/komuniti.anjunghikmah/

9k=


Untuk Makluman Semua

100% sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan projek ini sepenuhnya. Sebagai langkah kesahihan pelaksanaan projek ini, pihak iSADAQAH juga akan sentiasa mengemaskini anda dengan keseluruhan kutipan yang diterima, resit sumbangan, gambar aktiviti kempen serta koordinat GPS komuniti yang menerima bantuan sebagai bukti ketelusan pihak iSADAQAH dalam menjayakan projek ini.

Bantu Kempen Ini

Setiap sumbangan yang diberi kepada kempen ini amat dihargai.

Kongsi Kempen

Bantu biayai kempen ini dengan berkongsi. Satu perkongsian kempen boleh membawa sumbangan RM10 daripada seorang penderma!

Kempen telah berakhir

08 Jun 2023

Kempen dilancarkan

09 May 2023