RM 11,518.00
daripada sasaran RM 100,000.00527
penyumbangAdik qaisar kini berusia 6 bulan,Qaisar disahkan menghidap penyakit (rare disease) iaitu (SMA)Spinal Muscular Athrophy type 1 sewaktu adik qaisar berumur 3 bulan.Ia menyebabkan semakin hari kemerosotan otot-otot keseluruhan badan dan paru-parunya menjadi lemah akan membuat adik qaisar sukar untuk bernafas hingga menyebabkan qaisar bergantung pada bantuan mesin bipap.
Pada usia Qaisar 5 bulan keupayaan untuk menelan air liur semakin merosot dan semakin berkahak.Olehitu,adik qaisar mudah terkena jangkitan paru-paru sehingga adik qaisar perlu kerap mengambil neb dan menyedut kahak yang terkumpul dalam mulut.Sebanyak 3 kali adik Qaisar ditahan ward menyebabkan nafasnya laju dan bacaan oksigen menurun mendadak sehingga mukanya menjadi biru.
Semenjak adik Qaisar sakit kami tidak mampu menanggung segala kos rawatan secara sendiri kerana kos rawatannya terlalu tinggi nilainya.Kos perubatan yang diperlukan dengan segera adalah ubat RISDIPLAM berharga rm40,400.Ubat ini perlu diambil setiap bulan bagi mengelakkan kemerosotan otot-otot adik Qaisar.Sedemekina itu,sebelum umur Adik qaisar mencecah 2tahun ia juga perlu segera mendapatkan ubat secara efektif iaitu ubat (gene theraphy) zolgensma berharga USD 2.1juta bersamaan RM9 juta lebih.
Sesungguhnya kami mohon mendoakan adik qaisar sembuh sepenuhnya dan memohon bantuan sumbangan daripada anda semua untuk menampung kos rawatannya agar anak sulung kami sihat dan membesar seperti kanak-kanak yang lain.Kami sangat mengalu-alukan sumbangan daripada anda untuk membantu adik Qaisar.
Untuk Makluman Semua
100% sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan projek ini sepenuhnya. Sebagai langkah kesahihan pelaksanaan projek ini, pihak iSADAQAH juga akan sentiasa mengemaskini anda dengan keseluruhan kutipan yang diterima, resit sumbangan, gambar aktiviti kempen serta koordinat GPS komuniti yang menerima bantuan sebagai bukti ketelusan pihak iSADAQAH dalam menjayakan projek ini.
Kempen telah berakhir
20 Sep 2023
Kempen telah dilanjutkan
28 Aug 2023
10% jumlah sumbangan
10 Aug 2023
Kempen telah berakhir
21 Jul 2023
Sumbangan ke-100
30 May 2023
Sumbangan ke-50
26 May 2023
Sumbangan ke-10
24 May 2023
Sumbangan pertama
24 May 2023
Kempen dilancarkan
22 May 2023