Perlukan bantuan dana segera?  Hubungi kami untuk bantuan kempen.

BANTU RAWATAN ADIK ALEESA

Adik Aleesa memerlukan bantuan bagi mendapatkan rawatan untuk penyakit genetik SMA type 1 (Spinal Muscular Atrophy)
BANTU RAWATAN ADIK ALEESA
Perubatan

RM 9,649.00

daripada sasaran RM 100,000.00
9.649% Complete

434

penyumbang
Mengapa sumbang melalui iSADAQAH dan tidak terus kepada penerima? Baca selebihnya di sini

Adik Aleesa kini berusia 9 bulan, Aleesa disahkan menghidap penyakit (rare disease) iaitu (SMA) Spinal Muscular Athrophy type 1 sewaktu berusia 7 bulan. Ia akan menyebabkan semakin hari otot-otot keseluruh badan mengalami kemerosotan termasok paru-parunya menjadi lemah dan akan membuatkan adik Aleesa sukar untuk bernafas.

Buat pengetahuan smua, Adik Aleesa sebelum ini pernah dikejarkan ke hospital kerana hampir 3 kali kebiruan akibat susah bernafas. Oleh itu, adik Aleesa memerlukan penjagaan yang sangat rapi bagi mengelakkan perkara ini terus berulang. Buat masa ini kami belum mampu membeli alat bantuan pernafasan untuk adik Aleesa kerana harganya yang mahai, doktor jugak menyarankan supaya kami menyediakan mesin itu di rumah.

Selain itu, saya juga berharap agar anak kami berpeluang mendapat rawatan suntikan Spinraza yang kos rawatannya bernilai RM70k setiap satu suntikan, dan perlu mengambil suntikan sebanyak 6 kali setahun. Jenis rawatan ini amatlah mahal dan diluar kemampuan kami. Tetapi, kami tidak akan pernah berhenti berharap dan akan berusaha sehabis daya untuk memastikan anak kami mendapat rawatan yang terbaik dan segera mendapatkan ubat secara efektif iaitu ubat (gene theraphy) zolgensma berharga USD 2.1juta bersamaan RM9 juta lebih sebelum Aleesa berusia 2 tahun supaya dapat membantu berhentikan kemerosotan sarafnya.

Sesungguhnya kami mohon mendoakan adik Aleesa sembuh sepenuhnya dan memohon bantuan sumbangan daripada anda semua untuk menampung kos rawatannya agar anak sulung kami sihat dan membesar seperti kanak-kanak yang lain.

 


Untuk Makluman Semua

100% sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan projek ini sepenuhnya. Sebagai langkah kesahihan pelaksanaan projek ini, pihak iSADAQAH juga akan sentiasa mengemaskini anda dengan keseluruhan kutipan yang diterima, resit sumbangan, gambar aktiviti kempen serta koordinat GPS komuniti yang menerima bantuan sebagai bukti ketelusan pihak iSADAQAH dalam menjayakan projek ini.

Bantu Kempen Ini

Setiap sumbangan yang diberi kepada kempen ini amat dihargai.

Kongsi Kempen

Bantu biayai kempen ini dengan berkongsi. Satu perkongsian kempen boleh membawa sumbangan RM10 daripada seorang penderma!

Kempen telah berakhir

13 Mar 2024

Sumbangan ke-100

10 Jan 2024

Sumbangan ke-50

09 Jan 2024

Sumbangan ke-10

09 Jan 2024

Sumbangan pertama

04 Jan 2024

Kempen dilancarkan

14 Dec 2023