RM 23,677.00
daripada sasaran RM 260,000.00414
penyumbangAssalamualaikum tuan-tuan/puan-puan. Anak saya Muhamad Khairuddin berumur 8 bulan, menghidap penyakit jarang jumpa iaitu 'dilated cardiomyopathy with fulminant myocarditis' dan hanya pemindahan jantung (heart transplant) sahaja yang dapat selamatkan anak kami.
Pada awalnya, baby Khai sihat sahaja tetapi semuanya mula berubah ketika Khai berusia 3 bulan. Khai mengalami kesukaran untuk bernafas jadi kami membawanya ke kecemasan Hospital Bainun Ipoh dan pihak hospital menahan Khai di general wad untuk memberi sokongan oksigen dan menyiasat dengan lebih lanjut.
Pihak hospital melakukan x-ray dada, dalam x-ray tersebut kami dapati jantung Khai membengkak dengan sangat teruk. Untuk mengetahui keadaan Khai dengan lebih lanjut mereka melakukan beberapa ujian lain seperti ECHO, ECG dan ujian darah. Dr. mendapati bahawa Khai menghidap 'dilated cardiomyopathy with fulminant myocarditis', dengan fungsi ventrikel kiri yang lemah dengan EF bawah 18%. Kemudian, Khai diinkubasi selama lebih dari 1 bulan. Khai dapat pulang ke rumah namun keadaan Khai bertambah teruk apabila terkena jangkitan dan diinkubasi semula!
ECHO menunjukkan fungsi jantung yang semakin teruk dan semakin membengkak. Dr memberitahu kami bahawa hanya heart transplant sahaja yang boleh menyelamatkan nyawa Khai. Malangnya di Malaysia, mereka tidak pernah melakukan heart transplant pada bayi jadi kami membawa Khai ke India untuk rawatan lanjut. Kini Khai berada dalam senarai menunggu untuk pemindahan jantung. Kami telah menampung semua perbelanjaan semasa dari perjalanan dan semua bil hospital semasa dengan simpanan kami sendiri sebanyak yang kami boleh. Bagaimanapun bil perubatan dan pembedahan pemindahan jantung yang akan datang itu sendiri menelan belanja yang jauh lebih tinggi daripada kemampuan kami, kami tidak mampu untuk membayarnya.
Tuan-tuan/puan-puan tolong bantu baby Khai untuk menjalani kehidupan yang bahagia dan sihat, bantuan anda amat kami hargai. Saya mengucapkan terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca kisah heart warrior kami 'Khairuddin'.
Untuk Makluman Semua
100% sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan projek ini sepenuhnya. Sebagai langkah kesahihan pelaksanaan projek ini, pihak iSADAQAH juga akan sentiasa mengemaskini anda dengan keseluruhan kutipan yang diterima, resit sumbangan, gambar aktiviti kempen serta koordinat GPS komuniti yang menerima bantuan sebagai bukti ketelusan pihak iSADAQAH dalam menjayakan projek ini.
Kempen telah berakhir
25 Nov 2023
Sumbangan ke-100
29 Aug 2023
Sumbangan ke-50
29 Aug 2023
Sumbangan ke-10
28 Aug 2023
Sumbangan pertama
27 Aug 2023
Kempen dilancarkan
27 Aug 2023