Perlukan bantuan dana segera?  Hubungi kami untuk bantuan kempen.

BANTUAN KECEMASAN UNTUK MIKAYLA: MENDERITA KANSER

Kutipan sumbangan ini adalah untuk membantu adik Mikayla bagi mendapatkan rawatan kanser otak tahap 4.
BANTUAN KECEMASAN UNTUK MIKAYLA: MENDERITA KANSER
Perubatan

RM 0.00

daripada sasaran RM 50,000.00
0% Complete

0

penyumbang
Mengapa sumbang melalui iSADAQAH dan tidak terus kepada penerima? Baca selebihnya di sini

Bantuan Kecemasan untuk Mikayla: Menderita Kanser Otak Tahap 4

Mikayla merupakan seorang kanak-kanak yang berusia 5 tahun yang kini sedang menderita menghidap Medulloblastoma Cancer  atau Kanser Otak. 

Peringkat kansernya itu kini telah berada pada tahap 4 iaitu berada pada situasi yang agak kritikal dan membimbangkan.

Menurut Puan Ain iaitu ibu Mikayla, anaknya itu telah menjalani pembedahan sebanyak 6 kali pembedahan. Bukan itu sahaja sepanjang menerima rawatan Mikayla pernah ditidurkan sebanyak 2 kali dan 4 kali dimasukan ke ICU (unit rawatan rapi).

Ujian ini telah menyebabkan mereka berhadapan dengan masalah kewangan yang kritikal terutama sekali  bagi menampung kos rawatan Mikayla yang agak tinggi.

Mikayla menetap bersama keluarganya di Kangar Perlis dan perlu kerap berulang ke Penang bagi mendapatkan rawatan. Dia merupakan anak ke-5 daripada 6 orang adik beradik. Ibunya telah terpaksa mengambil keputusan untuk mengambil cuti tanpa gaji buat masa ini bagi menemani anaknya itu melalui hari-hari yang mencabar sebagai pesakit kanser tahap 4.

Justeru, pihak NGO Krayon for Society Organisation  terpanggil untuk tampil ke hadapan membantu Mikayla bagi mendapatkan sumbangan daripada orang ramai . Melalui sumbangan dana kewangan ini diharap akan dapat membantu  Mikayla untuk terus dapat berjuang melawan penyakit kansernya itu dan meneruskan kehidupan seperti kanak-kanak yang lain.

Besarlah harapan kami agar para penyumbang semua dapat menghulurkan sedikit sumbangan bagi membantu Mikayla terus kuat dan bertahan melalui hari-hari ujiannya itu.

Segala kebaikan dan sumbangan yang anda semua berikan amatlah bermakna buat Mikayla dan juga kami. Semoga kebaikan yang dihulurkan akan mendapat balasan kebaikan yang lebih besar lagi daripada Allah s.w,t buat para penderma yang prihatin.


Untuk Makluman Semua

100% sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan projek ini sepenuhnya. Sebagai langkah kesahihan pelaksanaan projek ini, pihak iSADAQAH juga akan sentiasa mengemaskini anda dengan keseluruhan kutipan yang diterima, resit sumbangan, gambar aktiviti kempen serta koordinat GPS komuniti yang menerima bantuan sebagai bukti ketelusan pihak iSADAQAH dalam menjayakan projek ini.

Bantu Kempen Ini

Setiap sumbangan yang diberi kepada kempen ini amat dihargai.

Kongsi Kempen

Bantu biayai kempen ini dengan berkongsi. Satu perkongsian kempen boleh membawa sumbangan RM10 daripada seorang penderma!

Kempen telah berakhir

30 Aug 2023

Kempen dilancarkan

31 Jul 2023