Perlukan bantuan dana segera?  Hubungi kami untuk bantuan kempen.

BANTUAN MESIN COUGH ASSIST SAFIYYAH

Safiyyah penghidap Penyakit SMA TYPE 1. Masalah saraf dan kelemahan otot. Safiyyah tidak mampu untuk batuk menyebabkan airliur dan kahak terkumpul. Bantu safiyyah untuk dapatkan mesin batuk.
BANTUAN MESIN COUGH ASSIST SAFIYYAH
Perubatan

RM 18,150.00

daripada sasaran RM 17,800.00
101.96629213483% Complete

194

penyumbang
Mengapa sumbang melalui iSADAQAH dan tidak terus kepada penerima? Baca selebihnya di sini

Saya Khairul Anwar bapa kepada Safiyyah Umaiza yang menghidap penyakit SMA Type 1 sejak umur 5 bulan. Penyakit SMA ini adalah penyakit jarang jumpa yang melibatkan saraf dan otot yang menjadi lemah. Kami tinggal di melaka dan sentiasa berulang alik ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan untuk safiyyah. Safiyyah kini berusia 1 tahun 6 bulan dan menghadapi masalah untuk menelan air liur dan batuk selain anggota badan yang masih lemah untuk bergerak. Disebabkan air liur dan kahak yang banyak, kami terpaksa untuk sentiasa sedut air liur safiyyah menggunakan mesin suction. Safiyyah juga tidak mampu batuk untuk mengeluarkan kahak di dalam paru paru dan menyebabkan anak syurga kami ini beberapa kali dikejarkan ke hospital kerana paru paru dan pernafasan terganggu akibat dari air liur tadi. 

Disebabkan hanya saya seorang yang bekerja dan isteri menjaga safiyyah di rumah. saya kekurangan kewangan untuk membeli peralatan mesin batuk untuk safiyyah. Saya dengan rendah diri ingin memohon bantuan dan sumbangan untuk membeli peralatan mesin cough assist ini seberapa cepat yang boleh. Kerana safiyyah telah beberapa kali dikejarkan ke hospital akibat masalah paru paru dan pernafasan punca dari air liur dan kahak yang tak dapat di buang. 

 

 


Untuk Makluman Semua

100% sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan projek ini sepenuhnya. Sebagai langkah kesahihan pelaksanaan projek ini, pihak iSADAQAH juga akan sentiasa mengemaskini anda dengan keseluruhan kutipan yang diterima, resit sumbangan, gambar aktiviti kempen serta koordinat GPS komuniti yang menerima bantuan sebagai bukti ketelusan pihak iSADAQAH dalam menjayakan projek ini.

Bantu Kempen Ini

Setiap sumbangan yang diberi kepada kempen ini amat dihargai.

Kongsi Kempen

Bantu biayai kempen ini dengan berkongsi. Satu perkongsian kempen boleh membawa sumbangan RM10 daripada seorang penderma!

Kempen telah berakhir

02 Dec 2022

100% jumlah sumbangan

30 Nov 2022

50% jumlah sumbangan

30 Nov 2022

Sumbangan ke-100

27 Nov 2022

Sumbangan ke-50

26 Nov 2022

10% jumlah sumbangan

26 Nov 2022

Sumbangan ke-10

26 Nov 2022

Sumbangan pertama

26 Nov 2022

Kempen dilancarkan

26 Nov 2022