Perlukan bantuan dana segera?  Hubungi kami untuk bantuan kempen.

BANTUAN SEGERA UNTUK RAWATAN IMAN

Adik Iman dilahirkan dengan ketumbuhan yang menutup bahagian hidung dan mulutnya (Benign Epignathus Teratoma).
BANTUAN SEGERA UNTUK RAWATAN IMAN
Perubatan

RM 25.00

daripada sasaran RM 10,000.00
0.25% Complete

2

penyumbang
Mengapa sumbang melalui iSADAQAH dan tidak terus kepada penerima? Baca selebihnya di sini

Adik Iman dilahirkan dengan ketumbuhan yang menutup bahagian hidung dan mulutnya (Benign Epignathus Teratoma).

Melihat keadaannya sahaja sudah menyakitkan, tidak dapat bayangkan penderitaan yang ditanggung oleh Adik Iman dan keluarganya.

Siapa sangka, bayi yang dilahirkan rupa-rupanya adalah ujian yang amat berat dan tempoh 7 bulan 15 hari ditahan di wad adalah episod ngeri yang terpaksa ditelan.

 

 

Sejak dilahirkan, Iman telah menjalani 4 pembedahan:

Pembedahan tebuk lubang di leher

Pembedahan buang ketumbuhan

Pembedahan bina struktur lidah, mulut, hidung

Pembedahan bentuk tulang rahang untuk pembentukan gigi

Namun sayangnya, 4 pembedahan ini masih belum mencukupi untuk menyembuhkan Iman. Dia masih memerlukan pembedahan demi pembedahan. Rutin penjagaan Iman juga menjadi semakin sulit.

Ibu dan ayahnya perlu sentiasa peka dengan suction yang dipasang untuk memastikan hingus tidak menutupi mana-mana saluran pernafasan dan pemakanan yang boleh menyebabkan lemas dan boleh menyebabkan kematian.

 

 

Tambahan pula, imuniti badannya yang rendah boleh menyebabkan jangkitan kuman paru-paru yang akan membuatkan kesihatannya merosot. 

Keadaan adik Iman yang tidak boleh makan sendiri (menelan), tidak boleh menguruskan diri dan memerlukan rawatan restructure muka, fisio terapi otak, muka dan pertumbuhan ini membuatkan kos merawat dan menjaganya sangat tinggi.

Dia juga perlu minum susu khas yang mahal untuk nutrisi badannya yang menelan kos melebihi RM1000 sebulan.

 

Walaupun sejak Iman dilahirkan kehidupan adik Iman dan keluarganya ibarat roller coaster yang sentiasa berpusing laju tanpa noktah, dugaan demi dugaan datang,  namun masih tak melemahkan semangat keluarganya untuk berjuang demi Iman. Namun, mereka tak mampu berjuang sendiri dan mereka perlukan ANDA untuk terus berjuang menyembuhkan Iman


Untuk Makluman Semua

100% sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan projek ini sepenuhnya. Sebagai langkah kesahihan pelaksanaan projek ini, pihak iSADAQAH juga akan sentiasa mengemaskini anda dengan keseluruhan kutipan yang diterima, resit sumbangan, gambar aktiviti kempen serta koordinat GPS komuniti yang menerima bantuan sebagai bukti ketelusan pihak iSADAQAH dalam menjayakan projek ini.

Bantu Kempen Ini

Setiap sumbangan yang diberi kepada kempen ini amat dihargai.

Kongsi Kempen

Bantu biayai kempen ini dengan berkongsi. Satu perkongsian kempen boleh membawa sumbangan RM10 daripada seorang penderma!

Kempen telah berakhir

10 Nov 2023

Sumbangan pertama

26 Oct 2023

Kempen dilancarkan

11 Oct 2023