RM 0.00
daripada sasaran RM 6,000.000
penyumbang16
hari lagiAssalamualaikum dan salam sejahtera,
Nama saya Mohamad Fazlin Bin Mohamad Yusop, berumur 47 tahun, seorang bapa kepada 2 anak OKU. Saya menulis rayuan ini dengan hati yang amat berat. Sudah 9 bulan saya hilang punca pendapatan selepas diberhentikan kerja kali ke-2. Sejak itu, saya berusaha sedaya upaya mencari rezeki, memohon ratusan pekerjaan, berniaga kecil-kecilan di TikTok, dan mencuba pelbagai cara, namun semuanya belum berhasil.
Alasan saya tidak diterima bekerja adalah kerana faktor usia saya, tambahan pula saya dibuang kerja dengan cara yang tidak adil membuatkan saya membuat laporan ke mahkamah industri untuk mendapatkan keadilan menyukarkan lagi saya tidak diterima bekerja apabila pihak majikan tempat saya temuduga melakukan "background check" maklumat saya. (ada kes mahkamah industri). Kereta saya yang pernah mengalami kemalangan menyebabkan saya tak dapat membuat Grab atau penghantaran. Semua simpanan saya termasuk KWSP akaun 3 telah habis digunakan untuk menampung keluarga selama 9 bulan ini.
Buat masa ini saya melakukan apa-apa sahaja pekerjaan "freelance" demi menyara keluarga saya tetapi ianya tidak mencukupi untuk keperluan harian keluarga kami.Kini, saya benar-benar buntu dan tiada sumber kewangan untuk meneruskan hidup.
Yang paling merisaukan saya, anak OKU saya bakal mendaftar ke kolej pada bulan Ogos ini. Saya perlukan bantuan segera untuk membayar :-
- Yuran pendaftaran kolej, asrama serta barang-barang keperluan anak.
- Komitmen bulanan (kereta, motor).
- Keperluan makan harian keluarga serta duit sewa rumah.
Saya tidak pernah selesa meminta, tetapi dalam keadaan getir ini saya merayu ihsan anda semua agar dapat membantu kami. Sumbangan anda, sekecil mana pun, amat besar ertinya buat kami. Jika tidak mampu membantu dari segi kewangan, bantulah dengan menyebarkan kempen ini.
Disertakan lampiran pengesahan beserta gambar anak saya sebagai bukti :-
Untuk Makluman Semua
100% sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan projek ini sepenuhnya. Sebagai langkah kesahihan pelaksanaan projek ini, pihak iSADAQAH juga akan sentiasa mengemaskini anda dengan keseluruhan kutipan yang diterima, resit sumbangan, gambar aktiviti kempen serta koordinat GPS komuniti yang menerima bantuan sebagai bukti ketelusan pihak iSADAQAH dalam menjayakan projek ini.
Kempen dilancarkan
27 Jul 2025