Perlukan bantuan dana segera?  Hubungi kami untuk bantuan kempen.

CARING OPEN HOUSE 2026

Kelab Caring UIA akan menganjurkan program "Caring Open House 2026" untuk menyambut aidilfitri bersama anak-anak yatim & asnaf. Sokongan anda diperlukan untuk pembahagian duit raya dan jamuan makanan.
CARING OPEN HOUSE 2026
Komuniti

RM 0.00

daripada sasaran RM 3,000.00
0% Complete

0

penyumbang

86

hari lagi
Mengapa sumbang melalui iSADAQAH dan tidak terus kepada penerima? Baca selebihnya di sini

Caring Open House 2026 ialah program tahunan yang bakal dianjurkan oleh Caring Club di bawah bimbingan Centre for Community Engagement and Services (CENSERVE), IIUM memberi tumpuan kepada pengukuhan ikatan emosi dan sosial antara komuniti IIUM dan anak-anak yatim dan asnaf. Program ini akan berlangsung pada 4 April 2026 (Sabtu) di Dewan Wadi Budi UIAM, Gombak, dengan matlamat utama untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama anak yatim dengan tema "Glam Raya, Seri Busana". Semua peserta akan berpakaian tradisional dan terdapat penampilan persembahan, jamuan makan bersama serta pengagihan duit raya.

Melalui program ini, nilai-nilai Islam dapat dipupuk dalam kalangan ahli komuniti dengan menekankan nilai sedekah dan rahmah di bulan Syawal. Di samping itu, acara ini merupakan platform untuk mengeratkan ukhuwah dalam kalangan komuniti, anak yatim dan asnaf, khususnya dari Asrama Darul Falah Perkim (ASDAF), Rumah Pengasih Darul Ilmi, dan Rumah Raudhatul Al-Faeez. 

Dengan sokongan anda, kempen ini akan memberi mereka rasa kebersamaan dan kasih sayang yang sering hilang di musim perayaan, sambil membuka ruang kepada pelajar IIUM untuk belajar empati dan kepimpinan dalam kerja-kerja kemanusiaan.

Secara keseluruhannya, kempen ini bukan sekadar sebuah aktiviti kebajikan, tetapi sebuah perjalanan hati yang mengajak kita semua untuk mensyukuri nikmat, mengukuhkan ukhuwah, dan menzahirkan kasih sayang terhadap anak-anak yatim serta golongan asnaf. Melalui sambutan Syawal bersama, kita bukan sahaja mencipta kenangan indah, tetapi juga menanam benih empati, sokongan, dan hormat-menghormati yang akan terus mekar dalam komuniti. – Syawal penuh makna, ukhuwah tanpa batas. ✨ 


Untuk Makluman Semua

100% sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan projek ini sepenuhnya. Sebagai langkah kesahihan pelaksanaan projek ini, pihak iSADAQAH juga akan sentiasa mengemaskini anda dengan keseluruhan kutipan yang diterima, resit sumbangan, gambar aktiviti kempen serta koordinat GPS komuniti yang menerima bantuan sebagai bukti ketelusan pihak iSADAQAH dalam menjayakan projek ini.

Bantu Kempen Ini

Setiap sumbangan yang diberi kepada kempen ini amat dihargai.

Sumbang
Kongsi Kempen

Bantu biayai kempen ini dengan berkongsi. Satu perkongsian kempen boleh membawa sumbangan RM10 daripada seorang penderma!

Kempen dilancarkan

25 Jan 2026