Perlukan bantuan dana segera?  Hubungi kami untuk bantuan kempen.

CHAIN OF CHANGE 1.0 (AGRICULTURE PROJECT)

AGRICULTURE PROJECT ialah projek baru COMRADE CLUB yang bertujuan untuk memperkenalkan Projek Pertanian kepada Orang Asli di Kampung Pasir Linggi & Kampung Machang, Pos Lebir, Gua Musang, Kelantan.
CHAIN OF CHANGE 1.0 (AGRICULTURE PROJECT)
Kemanusiaan

RM 192.00

daripada sasaran RM 8,000.00
2.4% Complete

18

penyumbang
Mengapa sumbang melalui iSADAQAH dan tidak terus kepada penerima? Baca selebihnya di sini

Pertanian merupakan aktiviti ekonomi dunia yang paling penting. Ia menggunakan satu pertiga daripada permukaan bumi dan 45% daripada jumlah penduduk dunia yang bekerja terlibat dengan aktiviti pertanian. Pertanian tidak lagi boleh diasingkan dari kehidupan manusia di muka bumi apabila manusia yang semakin ramai dan mempunyai pelbagai citarasa. Maka, projek baru yang akan diperkenalkan oleh COMRADE CLUB IIUM pada kali ini iaitu, COMRADE Chain of Change 1.0 (Introduction In Agriculture Project) berobjektifkan untuk memperkenalkan teknologi pertanian kepada Orang Asli dan dalam masa yang sama membantu meningkatkan pendapatan dan keperluan Orang Asli.

AGRICULTURE PROJECT ialah program yang memfokuskan kepada aktiviti pembangunan orang asli terutamanya dalam bidang pengenalan mengenai pertanian, dalam masa yang sama untuk melatih dan mendedahkan setiap projek dan program yang dilaksanakan oleh COMRADE CLUB IIUM kepada barisan kepimpinan COMRADE CLUB IIUM yang baharu. Selain itu, AGRICULTURE PROJECT ini merupakan projek julung-julung kalinya yang bakal diperkenalkan oleh COMRADE CLUB IIUM. Seperti yang kita sudah sedia maklum, bertani merupakan salah satu sumber makanan dan pekerjaan utama Orang Asli dan oleh sebab itulah COMRADE CLUB IIUM ingin memperkenalkan cara pertanian baharu dan moden kepada mereka, disamping untuk memberi pengenalan mengenai ilmu yang baharu kepada masyarakat Orang Asli, projek ini sedikit sebanyak juga akan membantu meringankan pekerjaan masyarakat Orang Asli di Kampung Pasir Linggi dan Kampung Machang, Pos Lebir, gua Musang, Kelantan.


Untuk Makluman Semua

100% sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan projek ini sepenuhnya. Sebagai langkah kesahihan pelaksanaan projek ini, pihak iSADAQAH juga akan sentiasa mengemaskini anda dengan keseluruhan kutipan yang diterima, resit sumbangan, gambar aktiviti kempen serta koordinat GPS komuniti yang menerima bantuan sebagai bukti ketelusan pihak iSADAQAH dalam menjayakan projek ini.

Bantu Kempen Ini

Setiap sumbangan yang diberi kepada kempen ini amat dihargai.

Kongsi Kempen

Bantu biayai kempen ini dengan berkongsi. Satu perkongsian kempen boleh membawa sumbangan RM10 daripada seorang penderma!

Kempen telah berakhir

22 Nov 2022

Sumbangan ke-10

04 Nov 2022

Sumbangan pertama

30 Oct 2022

Kempen dilancarkan

23 Oct 2022