Selayang, Selangor

3.25066900, 101.73990500
Komuniti

RM 6,958.00

daripada sasaran RM 8,800.00
79.068181818182% Complete
97
Penyumbang
30
Hari
Dilaporkan Oleh Sukarelawan:

1. Ringkasan Laporan

UIAM GOMBAK - Secara keseluruhan, Congress Student Welfare Aid telah berjaya dilaksanakan dengan bantuan 40 sukarelawan UIAM sendiri. Program ini pada awalnya hanya menyasarkan bantuan makanan kering kepada sebilangan pelajar yang memerlukan sahaja, namun dengan sumbangan orang ramai yang lebih daripada yang dijangka kami telah berjaya memberi bantuan kewangan melalui fasa ke 2 program ini. Reaksi positif diterima daripada pelajar, alumni dan orang ramai telah menyemarakkan lagi semangat sukarelawan kami. Mengikut catatan yang direkodkan, sejumlah 270 orang pelajar menerima manfaat bantuan makanan kering bernilai RM 15 setiap pek merangkumi mee segera, biskut, roti dan  topeng muka. Manakala untuk bantuan kewangan, sebanyak 52 orang pelajar menerima bantuan secara "one off" RM 50. Ini menjadikan jumlah pelajar yang menerima manfaat lebih daripada 300 orang. Momentum ini harapnya dikekalkan dengan kita mungkin menjalankan program yang sama untuk tahun 2021.

2. Pecahan Dana

Makanan : RM 4,300.00
Pengangkutan : RM 500.00
Lain-lain : RM 4,000.00

3. Nota Terima Kasih

Terima kasih atas sumbangan anda untuk kempen ini. Marilah kita bersama-sama mendoakan agar dipermudahkan urusan program bantuan ini yang akan diberi kepada pelajar