Perlukan bantuan dana segera?  Hubungi kami untuk bantuan kempen.

DANA BANTUAN KEBAJIKAN KUCING

Kempen ini bertujuan untuk mengumpul dana demi menampung perbelajaan kelab AbuHurairah dalam usaha pembayaran bil rawatan kucing di klinik veterinar atas faktor kecederaan yang dialami.
DANA BANTUAN KEBAJIKAN KUCING
Umum

RM 446.00

daripada sasaran RM 5,000.00
8.92% Complete

14

penyumbang
Mengapa sumbang melalui iSADAQAH dan tidak terus kepada penerima? Baca selebihnya di sini

Pengenalan 

Kelab Abu Hurairah UIAM adalah kelab pencinta haiwan dan penyelamat haiwan liar (terbiar) dari UIAM Gombak yang bertujuan untuk menunjukkan keindahan Rahmatan lil 'Alamin (Rahmat kepada semua) dengan memberi kasih sayang kepada haiwan terutama kucing dengan visinya iaitu untuk mengubah komuniti masyarakat dalam meningkatkan kualiti hidup semua haiwan di UIAM dan membantu mengawal bilangan haiwan terbiar dan tiada tempat tinggal demi mewujudkan persekitaran yang penyayang dan mampan di mana manusia dan haiwan dapat hidup dalam harmoni dan mendapat manfaat antara satu sama lain dalam hal kebaikan.

2Q==

 

MISI KELAB 

Menjalankan program Rescue-Neuter-Rehome (RNR) untuk membina komuniti yang penyayang dan baik hati yang menggalakkan layanan yang adil dan berperikemanusiaan terhadap semua makhluk dan mengekalkan persekitaran yang bersih dan kondusif.

Menggalakkan penglibatan komuniti dan organisasi yang berfikiran selari dari segi usaha untuk mencapai penyelesaian yang berkekalan dalam menghadapi cabaran dalam kebajikan haiwan yang kemudiannya akan memberi manfaat kepada haiwan dan manusia serta menggalakkan pendidikan holistik dikalangan masyarakat, dalam hal ehwal dunia, semula jadi dan nilai-nilai kemanusiaan seperti menunjukkan belas kasihan dan keamanan terhadap haiwan.

 

OBJEKTIF KELAB

1.Untuk memudahkan pemulihan dan pembaharuan kucing dan kucing terbiar di UIAM Kampus Gombak.

2. Untuk menggalakkan pemandulan kucing untuk mengurangkan populasi dan mengekalkan persekitaran yang bersih dan selesa untuk bekerja dan belajar melalui program Rescue-Neuter-Rehome (RNR).

3. Untuk mendidik kakitangan dan pelajar tentang pentingnya menunjukkan belas kasihan terhadap haiwan dan memahami keperluan dan cara untuk menyelamatkan dan mengendalikannya.

4. Untuk meningkatkan kesedaran tentang tanggungjawab yang dipikul dengan pemilikan haiwan domestik di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015.

5. Untuk memupuk hubungan dengan NGO dan kumpulan penyelamat haiwan bebas dalam usaha menyelamat, mendidik, nasihat, kempen kesedaran, penjanaan dana dan pemacu penggunaan.

6. Untuk menyediakan platform kepada pelajar UIAM untuk menunjukkan belas kasihan terhadap haiwan dengan menjadi sukarelawan dalam menjaga haiwan.

7. Menawarkan kaedah untuk rawatan kemurungan, tekanan dan kebimbangan di kalangan pelajar dengan menyediakan 'Cat Bonding Theraphy' yang telah terbukti dapat meningkatkan kualiti hidup.

8. Untuk menanamkan kesedaran mengikuti sunnah Nabi kita Nabi Muhammad SAW.

 

SEBAB MEMERLUKAN DANA

Atas faktor penularan Covid-19, kebajikann haiwan teruma sekali kucing di UIAM terkesan dimana kurangnya pelajar dan kakitangan bagi meninjau keadaan haiwan ini disekitar kampus. Hal ini menyebabkan haiwan-haiwan ini kurang mendapat penjagaan dari segi bekalan makanan dan penjagaan rapi. Maka, dengan kurangnya penjagaan terhadap haiwan-haiwan ini, kebarangkalian untuk haiwan-haiwan ini ditimpa penyakit adalah tinggi. selain itu, pembiayaan kos rawatan untuk haiwan yang cedera atau sakit telah dikurangkan dan dana-dana yang disaluran untuk aktiviti kelab telah digunakan bagi menampung kos perbelanjaan rawatan klinik vet sekaligus mengurangkan kuasa kelab untuk menjalankan usaha "rescue" atau menyelamat kucing disekitar UIAM yang hampir setiap hari mendapat aduan tentang kucing yang sakit. Maka, dengan membuat kerjasama dengan Isadaqah dalam membuat kempen demi mengumpul dana untuk rawatan adalah signifikan bagi menjamin kelagsungan usaha "rescue" haiwan disekitar UIAM.

Z


Untuk Makluman Semua

100% sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan projek ini sepenuhnya. Sebagai langkah kesahihan pelaksanaan projek ini, pihak iSADAQAH juga akan sentiasa mengemaskini anda dengan keseluruhan kutipan yang diterima, resit sumbangan, gambar aktiviti kempen serta koordinat GPS komuniti yang menerima bantuan sebagai bukti ketelusan pihak iSADAQAH dalam menjayakan projek ini.

Bantu Kempen Ini

Setiap sumbangan yang diberi kepada kempen ini amat dihargai.

Kongsi Kempen

Bantu biayai kempen ini dengan berkongsi. Satu perkongsian kempen boleh membawa sumbangan RM10 daripada seorang penderma!

Kempen telah berakhir

14 Sep 2022

Sumbangan ke-10

03 Sep 2022

Sumbangan pertama

21 Aug 2022

Kempen dilancarkan

15 Aug 2022