Perlukan bantuan dana segera?  Hubungi kami untuk bantuan kempen.

DANA UNTUK MERAWAT KUCING JALANAN YANG SAKIT

Saya Muhammad Asri dan saya adalah individu persendirian. Saya ingin mengumpul dana untuk saya selamatkan, memberi rawatan dan memberikan perlindungan untuk kucing.
DANA UNTUK MERAWAT KUCING JALANAN YANG SAKIT
Umum

RM 26.00

daripada sasaran RM 3,000.00
0.86666666666667% Complete

4

penyumbang
Mengapa sumbang melalui iSADAQAH dan tidak terus kepada penerima? Baca selebihnya di sini

Kawasan yang saya akan selamatkan kucing adalah di Port Dickson. Disini terdapat banyak kucing jalanan yang sakit dan tiada tempat perlindungan.

Niat saya ingin menolong dan memberikan kasih sayang yang diperlukan oleh haiwan jalanan.

Saya mempunyai hasrat untuk membuka rumah kebajikan untuk haiwan. Tapi kekangan kewangan dan memerlukan proses dan procedure yang betul akan memakan masa. 

Jadi buat masa ini saya hanya bawa ke bilik sewa saya yang kecil dan saya tak boleh menolong semua kucing yang saya jumpa atas faktor saiz bilik yang kecil dan juga kekangan kewangan. 

Dengan ini saya cuba untuk memberikan apa yang termampu saya lakukan. Namun, saya tahu di Malaysia terutamanya mempunyai ramai orang yang baik dan berhati mulia. Oleh itu saya ingin menyampaikan kempen ini supaya ramai yang boleh membantu dan mendapat balasan yang baik dan dikurniakan syurga atas amalan bersedekah dan juga menolong haiwan. 2 amalan dan pahala dalam 1 perbuatan. 

Jika bukan kita yang mulakan, siapa lagi yang boleh diharapkan. Kesian dengan nasib kucing dan haiwan jalanan tanpa membuat apa apa tindakan sama seperti memakai baju tapi bajunya lutsinar dan jarang. Erti kata lain, tiada gunanya. 

Maaf atas bahasa yang tidak elok. Sekadar untuk menyedarkan sahaja. 


Untuk Makluman Semua

100% sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan projek ini sepenuhnya. Sebagai langkah kesahihan pelaksanaan projek ini, pihak iSADAQAH juga akan sentiasa mengemaskini anda dengan keseluruhan kutipan yang diterima, resit sumbangan, gambar aktiviti kempen serta koordinat GPS komuniti yang menerima bantuan sebagai bukti ketelusan pihak iSADAQAH dalam menjayakan projek ini.

Bantu Kempen Ini

Setiap sumbangan yang diberi kepada kempen ini amat dihargai.

Kongsi Kempen

Bantu biayai kempen ini dengan berkongsi. Satu perkongsian kempen boleh membawa sumbangan RM10 daripada seorang penderma!

Kempen telah berakhir

26 Aug 2022

Sumbangan pertama

02 Aug 2022

Kempen dilancarkan

27 Jul 2022