RM 180.00
daripada sasaran RM 50,000.0017
penyumbangTABUNG DERMA KILAT , RAYUAN SUMBANGAN MANGSA KEBAKARAN RUMAH DI PENDANG KEDAH.
Pada 20 Mei 2022 yang lalu satu musibah kebakaran rumah telah berlaku di Pendang, Kedah. Kejadian tersebut mengakibatkan seluruh rumah mangsa hangus dijilat api dan tiada sebarang harta benda yang dapat diselamatkan.
Mangsa yang bernama Puan Noorazura bt Mat Nayan tinggal bersama ahli keluarganya. Kejadian ini telah berlaku di Kampung Sungai Baru Bukit Jenun. Dalam kejadian tersebut ibunya yang separuh lumpuh berada di dalam rumah tersebut bersama dengan anak-anaknya. Pada itu suami dan ayahnya tiada di rumah kerana berada di masjid untuk menunaikan solat Jumaat.
Namun terdapat seorang penduduk kampung yang lalu lalang di hadapan rumah tersebut perasan kepulan asap keluar dari arah bahagian atas rumah dan segera membantu menyelamatkan semua yang berada di dalam rumah tersebut. Alhamdulillah tiada kemalangan jiwa yang berlaku .
Ujian ngeri ini benar-benar menyebabkan mangsa dan seluruh anggota keluarganya trauma . Kejadian ini juga turut melibatkan rumah bapa saudaranya yang terletak bersebelahan rumah mangsa. Bapa saudara mangsa juga turut mengalami kehilangan barang yang agak banyak.
Justeru itu, Pertubuhan Krayon untuk Masyarakar terpanggil untuk membantu keluarga ini dengan menggerakkan Tabung Derma Kilat. In shaa Allah melalui tabung ini ia akan dapat membantu meringankan beban yang digalas oleh Puan Noorazura dan keluarga. Mereka kini menumpang seketika di rumah saudara mereka yang berhampiran.
Semoga dengan kerjasama dan keprihatinan daripada seluruh anggota masyarakat akan membolehkan mereka membangunkan semula rumah mereka yang telah musnah.
Kami amat mengharapkan semua pihak dapat bersama-sama kami membantu mereka. Kerana ujian yang berlaku ke atas saudara kita juga merupakan salah satu tanggungjawab kita untuk membantu mereka.
Sabda Rasulullah s.a.w " Seluruh orang mukmin umpama seperti sebatang tubuh badan. Jika satu bahagian merasa sakit maka seluruh bahgian akan terasa sakitnya itu."
Ayuhlah bersama kami menghulurkan sumbangan melalui medium Isadaqah atau anda boleh melakukan transaksi terus ke akaun rasmi bank Pertubuhan Krayon untuk Masyarakat seperti berikut :-
- Maybank Islamic
- 5621 0681 7150
- Ref : Kebakaran
- Pertubuhan Krayon untuk Masyarakat
Sebarang persoalan atau maklum balas boleh menghubungi terus Pengerusi Pertubuhan Krayon unutk Masyarakat iaitu En. Faiq Asyraf di talian 012-697 4993
Untuk Makluman Semua
100% sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan projek ini sepenuhnya. Sebagai langkah kesahihan pelaksanaan projek ini, pihak iSADAQAH juga akan sentiasa mengemaskini anda dengan keseluruhan kutipan yang diterima, resit sumbangan, gambar aktiviti kempen serta koordinat GPS komuniti yang menerima bantuan sebagai bukti ketelusan pihak iSADAQAH dalam menjayakan projek ini.
Kempen telah berakhir
03 Jul 2022
Sumbangan ke-10
08 Jun 2022
Sumbangan pertama
03 Jun 2022
Kempen dilancarkan
03 Jun 2022