RM 0.00
daripada sasaran RM 10,000.000
penyumbang89
hari lagiECSAR 2.0 (Educational Camp Sarawak) merupakan salah satu program utama KELAB MISI UIAM yang memfokuskan kepada pengukuhan kemahiran fasilitasi dan pementoran melalui penyampaian aktiviti pendidikan berasaskan STEM. Program berimpak tinggi ini bakal berlangsung dari 16 hingga 21 Julai 2026 bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Pesantren Abdul Taib Mahmud, Sarawak dengan penglibatan seramai 32 orang mahasiswa UIAM dan para pelajar cemerlang sekolah tersebut. Melalui inisiatif ini, aspek pertumbuhan psikologi, pembangunan personaliti, serta kemahiran penting masa hadapan para peserta dapat diperkasa bagi melahirkan pelajar yang seimbang dan berdaya saing.
Untuk Makluman Semua
100% sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan projek ini sepenuhnya. Sebagai langkah kesahihan pelaksanaan projek ini, pihak iSADAQAH juga akan sentiasa mengemaskini anda dengan keseluruhan kutipan yang diterima, resit sumbangan, gambar aktiviti kempen serta koordinat GPS komuniti yang menerima bantuan sebagai bukti ketelusan pihak iSADAQAH dalam menjayakan projek ini.
Kempen dilancarkan
14 Feb 2026

