Perlukan bantuan dana segera?  Hubungi kami untuk bantuan kempen.

EHSAN KOMUNITI BAGI MENYARA KEHIDUPAN SEHARIAN

Memerlukan bantuan kewangan untuk menyara keluarga apabila mengalamai masalah tulang belakang (C2) akibat jatuh dari pokok duku pada bulan September 2023.
EHSAN KOMUNITI BAGI MENYARA KEHIDUPAN SEHARIAN
Umum

RM 779.00

daripada sasaran RM 5,000.00
15.58% Complete

25

penyumbang
Mengapa sumbang melalui iSADAQAH dan tidak terus kepada penerima? Baca selebihnya di sini

Mohd Sani bin Embong, pemuda berusia 40-an berasal dari Kg. Payang Kayu Kuala Berang. Menyara keluarga dengan melakukan pelbagai kerja kampung. Malang menimpa apabila mengambil upah memanjat pokok duku, beliau terjatuh dari pokok duku. Kejadian pada bulan November 2023 itu mengubah hidup beliau sekeluarga. Doktor mengesahkan beliau mengalami masalah tulang belakang (C2) dan terlantar tidak dapat menguruskan diri sendiri lagi. Beliau mempunyai seorang isteri dan seorang anak yang masih bersekolah. Isteri tidak bekerja dan terpaksa menguruskan beliau. Menumpang tinggal di rumah pusaka orang tua. Beliau hanya bergantung harap kepada bantuan JKM dengan kadar pemberian sebanyak RM500/bulan dengan tiada lagi sumber pendapatan yang lain. Mohon tuan/puan yang budiman untuk membantu beliau dari segi bantuan kewangan bagi meringankan beban kewangan beliau sekeluarga.


Untuk Makluman Semua

100% sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan projek ini sepenuhnya. Sebagai langkah kesahihan pelaksanaan projek ini, pihak iSADAQAH juga akan sentiasa mengemaskini anda dengan keseluruhan kutipan yang diterima, resit sumbangan, gambar aktiviti kempen serta koordinat GPS komuniti yang menerima bantuan sebagai bukti ketelusan pihak iSADAQAH dalam menjayakan projek ini.

Bantu Kempen Ini

Setiap sumbangan yang diberi kepada kempen ini amat dihargai.

Kongsi Kempen

Bantu biayai kempen ini dengan berkongsi. Satu perkongsian kempen boleh membawa sumbangan RM10 daripada seorang penderma!

Kempen telah berakhir

27 Mar 2024

10% jumlah sumbangan

29 Jan 2024

Sumbangan ke-10

28 Jan 2024

Sumbangan pertama

28 Jan 2024

Kempen dilancarkan

27 Jan 2024