Perlukan bantuan dana segera?  Hubungi kami untuk bantuan kempen.

EKSPLORASI ILMU DI BUMI VIETNAM

Kempen ini merupakan usaha untuk menampung kos perbelanjaan bagi menjayakan program Eksplorasi Ilmu PERMATA UKM ke Vietnam.
EKSPLORASI ILMU DI BUMI VIETNAM
Pendidikan

RM 1.00

daripada sasaran RM 32,000.00
0.003125% Complete

1

penyumbang

45

hari lagi
Mengapa sumbang melalui iSADAQAH dan tidak terus kepada penerima? Baca selebihnya di sini

Eksplorasi Ilmu Ke Bumi Vietnam merupakan sebuah program yang dirangka oleh Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu Universiti Kebangsaan Malaysia (PERMATA UKM) bagi mewujudkan mahasiswa yang berdaya saing di peringkat antarabangsa di samping menjadi platform perkongsian ilmu dan pandangan dalam bidang akademik serta perindustrian di peringkat global. Program ini merupakan usahasama antara PERMATA UKM bersama universiti-universiti di Vietnam iaitu Industrial University of Ho Chi Minh City dan Thuyloi University. Tujuan utama program Eksplorasi Ilmu Ke Bumi Di Viet ini adalah untuk memberi peluang kepada mahasiswa/i yang terlibat untuk mengeksplorasi ilmu mengenai bidang kejuruteraan, Islam dan sejarah. Program ini akan dilaksanakan pada 22 Julai 2024 sehingga 27 Julai 2024 dan melibatkan 20 orang peserta ( 17 orang pelajar dan tiga orang penasihat pengiring). Pelaksanaan program ini dijangkakan mampu membuka ruang untuk mengkaji inovasi tekonologi terkini di Vietnam, memahami peranan Islam dalam konteks budaya dan masyarakat Vietnam di samping meneliti warisan sejarah serta kebudayaan di negara tersebut.  

 


Untuk Makluman Semua

100% sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan projek ini sepenuhnya. Sebagai langkah kesahihan pelaksanaan projek ini, pihak iSADAQAH juga akan sentiasa mengemaskini anda dengan keseluruhan kutipan yang diterima, resit sumbangan, gambar aktiviti kempen serta koordinat GPS komuniti yang menerima bantuan sebagai bukti ketelusan pihak iSADAQAH dalam menjayakan projek ini.

Bantu Kempen Ini

Setiap sumbangan yang diberi kepada kempen ini amat dihargai.

Sumbang
Kongsi Kempen

Bantu biayai kempen ini dengan berkongsi. Satu perkongsian kempen boleh membawa sumbangan RM10 daripada seorang penderma!

Sumbangan pertama

04 May 2024

Kempen dilancarkan

04 May 2024