RM 575.00
daripada sasaran RM 5,000.0034
penyumbangSetiap nilai sumbangan anda adalah amanah kepada kami, untuk kami sampaikan kepada penerima. Lihat Laporan Kempen
Centre for Community Engagement and Services atau lebih dikenali sebagai CENSERVE merupakan suatu entiti yang menyediakan platform kepada kakitangan dan pelajar UIAM bagi melakukan aktiviti kebajikan. Pada tahun 2021, CENSERVE menyambut ulang tahun ke-25 dalam usahanya memperkasakan masyarakat ke arah kualiti hidup yang berterusan. Justeru, acara Fundraising for Student Activities adalah sebuah kempen pengumpulan dana yang bertujuan untuk membantu 17 kelab rasmi yang berdaftar di bawah CENSERVE UIAM.
Kempen ini akan berlangsung selama 30 hari mulai 25 Julai sehingga 22 September 2021. Justeru, diharapkan usaha ini dapat membantu semua kelab dalam menjayakan pelan program mereka.
Di bawah CENSERVE UIAM terdapat lima (5) nature dan setiap kelab dikategorikan berdasarkan nature masing-masing.
- Mentoring - Kelab-kelab berasaskan Mentoring ini memfokuskan komunti anak-anak yatim dan pelajar sekolah. Program yang dilaksanakan bertujuan meningkatkan keupayaan pembelajaran dan perkembangan mereka secara berfokus.
- Asli - Kelab-kelab ini memfokuskan masyarakat Orang Asli di sekitar Semenanjung Malaysia seperti di Kelantan, Pahang, Perak dan Selangor. Program yang dilaksanakan bertujuan meningkatkan taraf kehidupan seperti pendidikan dan sosial serta mempromosikan nilai-nilai Islam secara langsung
- Outreach - Kelab-kelab ini memfokuskan kebajikan masyarakat luar sempadan seperti di Malaysia Timur (Sarawak & Sabah) dan sekitar Asia Tenggara (Thailand, Kemboja dan lain-lain). Pelbagai projek dan program yang diadakan bagi membantu kehidupan masyarakat luar bandar di sana.
- Facilitating - Kelab-kelab ini memfokuskan pembangunan akhlak dan sahsiah bagi golongan muda seperti remaja dan pelajar sekolah. Hal ini bertujuan bagi melahirkan generasi yang seimbang dari segi jasmani, rohani dan intelek sekaligus dapat membantu masyarakat dan negara.
- Spiritual & Dakwah - Kelab-kelab ini memfokuskan aktiviti berasaskan rohani seperti mengajar Al Quran kepada masyarakat awam dan komuniti UIAM. Selain itu, terdapat juga program berasaskan dakwah yang memfokuskan komuniti bukan Islam dengan memberi pendedahan mengenai nilai-nilai Islam.
Bagi alumni yang memberikan sumbangan, dipersilakan untuk mengisi sedikit maklumat diri bagi tujuan rekod: https://forms.gle/KCAEc8dnpFwUaAQT7
*Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai CENSERVE dan kelab-kelab di bawah CENSERVE UIAM, boleh klik di pautan ini: https://censerve.iium.edu.my/about/
Untuk Makluman Semua
100% sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan projek ini sepenuhnya. Sebagai langkah kesahihan pelaksanaan projek ini, pihak iSADAQAH juga akan sentiasa mengemaskini anda dengan keseluruhan kutipan yang diterima, resit sumbangan, gambar aktiviti kempen serta koordinat GPS komuniti yang menerima bantuan sebagai bukti ketelusan pihak iSADAQAH dalam menjayakan projek ini.
Kempen telah berakhir
22 Sep 2021
Kempen telah dilanjutkan
23 Aug 2021
10% jumlah sumbangan
20 Aug 2021
Sumbangan ke-10
02 Aug 2021
Sumbangan pertama
26 Jul 2021
Kempen dilancarkan
25 Jul 2021