Perlukan bantuan dana segera?  Hubungi kami untuk bantuan kempen.

HARTA KITA JARIAH KITA

Kempen Pembinaan Maahad Tahfiz Al-Quran Lil Banat Al-Hanafiah adalah untuk merealisasikan pembinaan maahad tahfiz yang menempatkan pelajar perempuan & sebagai wadah pusat pembelajaran warga emas.
HARTA KITA JARIAH KITA
Pendidikan

RM 30.00

daripada sasaran RM 300,000.00
0.01% Complete

3

penyumbang
Mengapa sumbang melalui iSADAQAH dan tidak terus kepada penerima? Baca selebihnya di sini

Assalamualaikum WBT.

Kempen ini bertujuan bagi pembinaan Maahad Tahfiz Al-Quran Lil Banat Al-Hanafiah yang bertempat di Sungai Besar, Selangor. Motif pembangunan Maahad Tahfiz ini adalah untuk melahirkan para hafizah yang berkualiti disamping menjadi medium dalam menggalakkan lebih ramai umat Islam yang celik Al-Quran. Inisiatif daripada itu, Pondok Pengajian Ar-Raudhah juga menjadi sebahagian daripada perancangan kami untuk membuka peluang kepada golongan warga emas yang ingin mendalami Al-Quran dan ilmu fardhu ain. Oleh itu, harapan kami agar dengan sumbangan dan bantuan daripada Pihak Tuan / Puan dapat merealisasikan pembinaan Maahad Tahfiz ini.

2Q==

Pihak maahad tahfiz ingin memohon sumbangan batu bata, pasir atau tanah merah atau sumbangan kewangan ikhlas daripada semua. Sekiranya ingin menghantar sumbangan bahan binaan, Insyaallah amat dialu-alukan. Atas sumbangan tuan/puan, bahan-bahan binaan asas sudah mula masuk ke tapak maahad tahfiz dan pembinaan telah bermula serta dibangunkan secara berperingkat. Semoga Allah redha atas usaha ini untuk bekalan pahala kita dan ahli keluarga kita sama ada yang telah meninggal dunia mahu pun yang masih hidup diakhirat nanti.

Z

Pihak Maahad Tahfz ingin mengajak seluruh umat Islam di Malaysia untuk bersama-sama merebut fadilat tidak ternilai ini bagi meneruskan pembinaan madrasah ilmu dan Al Quran. Semoga dengan infaq kalian, Maahad tahfiz ini dapat disiapkan secepat mungkin bagi menerima kemasukan anak-anak hufazul Quran. 

9k=

Untuk sebarang pertanyaan, Tuan Puan boleh menghubungi Ustaz Mat Arop Hanafiah, Pengasas Maahad Tahfiz Hanafiah di talian 013 2158905

"Tidak akan berkurang harta dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kemuliaan baginya.” (Riwayat Muslim)

 


Untuk Makluman Semua

100% sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan projek ini sepenuhnya. Sebagai langkah kesahihan pelaksanaan projek ini, pihak iSADAQAH juga akan sentiasa mengemaskini anda dengan keseluruhan kutipan yang diterima, resit sumbangan, gambar aktiviti kempen serta koordinat GPS komuniti yang menerima bantuan sebagai bukti ketelusan pihak iSADAQAH dalam menjayakan projek ini.

Bantu Kempen Ini

Setiap sumbangan yang diberi kepada kempen ini amat dihargai.

Kongsi Kempen

Bantu biayai kempen ini dengan berkongsi. Satu perkongsian kempen boleh membawa sumbangan RM10 daripada seorang penderma!

Kempen telah berakhir

08 Jul 2023

Sumbangan pertama

09 Apr 2023

Kempen dilancarkan

09 Apr 2023