Cameron Highlands, Pahang
4.49844250, 101.58226800RM 3,087.00
daripada sasaran RM 3,000.00Penyumbang
Hari
1. Ringkasan Laporan
Kelab PERKIM UIAM Gombak telah berjaya menganjurkan sebuah program iaitu Hikam Voyage 2.0 pada 27 - 29 Mei 2022 bertempat di Kampung Orang Asli Rening, Cameron Highlands Pahang. Program ini bertujuan untuk meningkatkan tahap pendidikan anak-anak komuniti Rening dan memupuk akhlak Islamiah kepada komuniti orang asli di KOA Rening. Seterusnya, kami juga telah menghulurkan bantuan kepada penduduk kampung di KOA Rening. Antara bantuan yang diberikan berbentuk barangan dapur dan kit kebersihan. Seramai 45 orang sukarelawan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.
Jumlah penerima bantuan di KOA Batu 16 adalah:
Barang bantuan dapur dan kit kebersihan: 55 keluarga
Terima kasih diucapkan atas sumbangan yang telah diberikan untuk menjayakan program ini. Semoga usaha murni ini dapat memberi manfaat di akhirat kelak.
2. Pecahan Dana
Makanan | : | RM 2,000.00 |
Lain-lain | : | RM 1,000.00 |
3. Nota Terima Kasih
Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua penyumbang, semoga sumbangan yang diberikan ini mendapat redha Allah SWT dan digantikan dengan ganjaran yang mulia disisinya.