Perlukan bantuan dana segera?  Hubungi kami untuk bantuan kempen.

IHYA' RAMADHAN 4.0

Di samping menyambut bulan Ramadhan bersama masyarakat orang Asli, program ini bertujuan membantu memperkasakan ilmu pengetahuan mereka dari segi pengisian rohani dan jasmani.
IHYA' RAMADHAN 4.0
Kemanusiaan

RM 1,155.00

daripada sasaran RM 10,000.00
11.55% Complete

48

penyumbang
Mengapa sumbang melalui iSADAQAH dan tidak terus kepada penerima? Baca selebihnya di sini

Program ini memberi pendedahan tentang keduniaan dan keagamaan kepada masyarakat Orang Asli dengan melaksanakan pembangunan inklusif untuk meningkatkan taraf sosioekonomi serta kualiti hidup ke arah kemajuan dan pengabdian diri kepada Tuhan, tanpa mengganggu warisan unggul dan adat Orang Asli. 

Kempen ini akan berlangsung di Kampung Orang Asli (KOA) Teji, Abu dan Senangkar, Pos Telanok, Cameron Highlands, Pahang selama tiga hari bermula dari  31 Mac hingga 2 April 2023 yang dianjurkan oleh pihak Community Outreach  for Orang Asli Development (COMRADE) Club IIUM dengan kolaborasi bersama Centre For Community Engagement and Services (CENSERVE) dan KOLEJ FELCRA PERAK. 

 

 


Untuk Makluman Semua

100% sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan projek ini sepenuhnya. Sebagai langkah kesahihan pelaksanaan projek ini, pihak iSADAQAH juga akan sentiasa mengemaskini anda dengan keseluruhan kutipan yang diterima, resit sumbangan, gambar aktiviti kempen serta koordinat GPS komuniti yang menerima bantuan sebagai bukti ketelusan pihak iSADAQAH dalam menjayakan projek ini.

Bantu Kempen Ini

Setiap sumbangan yang diberi kepada kempen ini amat dihargai.

Kongsi Kempen

Bantu biayai kempen ini dengan berkongsi. Satu perkongsian kempen boleh membawa sumbangan RM10 daripada seorang penderma!

Kempen telah berakhir

20 Mar 2023

10% jumlah sumbangan

17 Mar 2023

Sumbangan ke-10

02 Mar 2023

Sumbangan pertama

18 Feb 2023

Kempen dilancarkan

18 Feb 2023