Perlukan bantuan dana segera?  Hubungi kami untuk bantuan kempen.

INFAQ BUAT ADIK NAAIL

Adik Naail memerlukan kos penjagaan yang sangat tinggi akibat daripada kemerosotan ototnya sebelum ini. Kami menggunakan platform ini untuk memberi peluang orang ramai sekiranya sudi berkongsi rezeki.
INFAQ BUAT ADIK NAAIL
Perubatan

RM 101.00

daripada sasaran RM 20,000.00
0.505% Complete

10

penyumbang

61

hari lagi
Mengapa sumbang melalui iSADAQAH dan tidak terus kepada penerima? Baca selebihnya di sini

Adik Naail merupakan pesakit Spinal Muscular Atrophy (SMA) Type 1 yang sudahpun mendapatkan ubat Zolgensma Gene Therapy bagi menghentikan kemerosotan ototnya terus berlaku.

Namun, kesan daripada kemerosotan otot yang berlaku sebelum mendapatkan Gene Therapy, menyebabkan adik Naail memerlukan penjagaan pernafasan, penghadaman dan pemulihan (rehab) yang sangat tinggi setiap bulan. Di antara penjagaan yang memerlukan kos bulanan yang tinggi seperti di bawah:

Susu Formula Khas, Syringe, Suction Catheter, Filter mesin Bipap, Kangaroo e-pump Feeding Bag, Suction Filter, Nebulizer T, Duoderm Patch, supplemen & ubat ubatan tambahan dan juga private rehab specialist untuk pesakit SMA.

Total belanja bulanan Naail hampir 2.5k setiap bulan tidak termasuk Rehab. Buat pengetahuan, ayah Naail baru sahaja mula bekerja setelah 6 bulan cuti tanpa gaji sepanjang Naail berada dalam kondisi yang agak teruk sebelum dapat Gene Therapy sebelum ini. Dan kami menggunakan sepenuhnya saving kami, sepanjang tempoh tersebut.

Oleh itu, kami ibu bapa Naail dengan rendah diri menggunakan platform ini sebagai salah satu medium sekiranya ada yang sudi berkongsi rezeki dengan Naail sepanjang tempoh pemulihannya ini.

Semoga dengan sedekah tuan/puan sedikit sebanyak dapat membantu dan memberi semangat kepada Naail untuk terus sihat dan pulih. InsyaAllah

Sekiranya ada persoalan, boleh terus hubungi dengan ayah Naail, Aslam 01119961551.

Maybank

512334355235

Atas nama: Siti Norraihan Mohd Amin

 

 

 


Untuk Makluman Semua

100% sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan projek ini sepenuhnya. Sebagai langkah kesahihan pelaksanaan projek ini, pihak iSADAQAH juga akan sentiasa mengemaskini anda dengan keseluruhan kutipan yang diterima, resit sumbangan, gambar aktiviti kempen serta koordinat GPS komuniti yang menerima bantuan sebagai bukti ketelusan pihak iSADAQAH dalam menjayakan projek ini.

Bantu Kempen Ini

Setiap sumbangan yang diberi kepada kempen ini amat dihargai.

Sumbang
Kongsi Kempen

Bantu biayai kempen ini dengan berkongsi. Satu perkongsian kempen boleh membawa sumbangan RM10 daripada seorang penderma!

Sumbangan ke-10

26 Apr 2024

Sumbangan pertama

02 Apr 2024

Kempen dilancarkan

02 Apr 2024