RM 0.00
daripada sasaran RM 6,000.000
penyumbang82
hari lagiKos sara hidup yang kian meningkat akibat keadaan ekonomi semasa menjadi isu hangat dalam kalangan mahasiswa. Rentetan itu, banyak masalah yang muncul dari sisi mahasiswa seperti kekurangan penempatan di kolej kediaman, kekurangan wang perbelanjaan harian bagi menampung kos sara hidup yang tinggi, sehingga ada yang terpaksa mengikat perut kerana ingin berjimat bagi membiayai segala kos yang berkait rapat dengan kehidupan sepanjang bergelar seorang mahasiswa terutamanya kepada mahasiswa golongan B40.
Isu akademik dan kebolehpasaran mahasiswa juga semakin membimbangkan akibat kurangnya ruang dan peluang untuk mengikuti program berteraskan kemahiran insaniah yang penting terutamanya untuk diaplikasikan dalam dunia kerjaya. Program ilmiah yang menekankan pembangunan kemahiran seorang mahasiswa Akademi Pengajian Islam (APIUM) seperti pembacaan kitab turath, ilmu fiqh semasa dan sebagainya menjadi sesuatu keperluan dalam membina karakter dan integriti seorang mahasiswa Islam yang sebenar.
Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya, Akademi Pengajian Islam (KMUM API) amat mengutamakan isu kebajikan, dan akademik serta kebolehpasaran mahasiswa Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (APIUM). Justeru, kami berhasrat untuk menggerakkan beberapa inisiatif dan program bertujuan untuk menghimpunkan segala bentuk bantuan yang boleh disumbangkan kepada mahasiswa, terutamanya dari sudut kebajikan, akademik, pembudayaan ilmu, dan kebolehpasaran; seperti bekalan makanan kering, bantuan berbentuk one-off, mewujudkan surau mesra siswi dan bengkel-bengkel kemahiran.
Disamping dapat menampung beban sara hidup tinggi yang ditanggung mahasiswa, program yang diwujudkan melalui dana Infaq For Mahasiswa juga mampu mengasah minda dan kemahiran baharu dalam kalangan mahasiswa sebagai persediaan selepas menamatkan pengajian.
Daripada Riwayat Muslim :
ما نقصت صدقة من مال
“Sedekah sama sekali tidak mengurangi kekayaan.”
Semoga segala infaq yang diberikan menjadi asbab rezeki yang berpanjangan dan menjadi pembakar semangat bagi membantu insan lain yang memerlukan.
Untuk Makluman Semua
100% sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan projek ini sepenuhnya. Sebagai langkah kesahihan pelaksanaan projek ini, pihak iSADAQAH juga akan sentiasa mengemaskini anda dengan keseluruhan kutipan yang diterima, resit sumbangan, gambar aktiviti kempen serta koordinat GPS komuniti yang menerima bantuan sebagai bukti ketelusan pihak iSADAQAH dalam menjayakan projek ini.
Kempen dilancarkan
08 Dec 2024