Perlukan bantuan dana segera?  Hubungi kami untuk bantuan kempen.

INFAQ IHYA RAMADHAN

Assalamualaikum WBT, Pimpinan Bahasa Arab UniSHAMS, Kedah akan mengadakan program-program yang berunsurkan kebajikan pensyarah dan pelajar UniSHAMS samada pelajar tempatan mahupun pelajar antarabangsa
INFAQ IHYA RAMADHAN
Kemanusiaan

RM 700.00

daripada sasaran RM 4,000.00
17.5% Complete

28

penyumbang
Mengapa sumbang melalui iSADAQAH dan tidak terus kepada penerima? Baca selebihnya di sini

Program ini merupakan satu inisiatif dalam menjaga kebajikan kesemua pensyarah dan pelajar-pelajar UniSHAMS, Kedah. Seperti yang kita lihat, dari segi aspek penjagaan kebajikan untuk para pensyarah kurang dititikberatkan di mana-mana universiti. Untuk makluman, UniSHAMS merupakan satu universiti yang mempunyai ramai pensyarah berbangsa Arab. Jadi ia merupakan satu cabaran untuk pimpinan universiti menjaga kebajikan pensyarah berbangsa Arab oleh kerana kurang bertutur dengan mereka. Sama seperti pelajar Antarabangsa yang malu untuk berkomunikasi dengan para pelajar tempatan yang akan membuatkan hubungan sesama pelajar kurang erat. Apabila komunikasi dan hubungan pensyarah dan pelajar tidak erat, maka susah untuk kita lahirkan generasi yang cerdik pandai sekaligus membawa nama baik Malaysia ke pelusuk negara khususnya negara-negara Arab.Justeru, Antara program menarik yang dijalankan sepanjang tempoh bulan Ramadhan ini adalah seperti Iftar Jamaie, Sumbangan Keperluan Asas kepada Pelajar Antarabangsa, Ziarah Murabbi, Quran Hour dan prorgam yang paling besar ialah Mukhayyam Arabi di mana ia menitikberatkan pendidikan dan hubungan sesama pensyarah dan pelajar.

Sehubungan dengan itu, pihak kami berbesar hati untuk menyediakan satu platform untuk anda semua untuk berkongsi rezeki dengan kami untuk menjaga kebajikan para pelajar dan pensyarah UniSHAMS bersempena program kami pada bulan Ramadhan ini. Mari bersama kongsikan sebahagian rezeki kita untuk mereka yang memerlukan di luar sana. "Apapun harta yang kalian infaqkan maka Allah PASTI akan menggantikannya dan Dia adalah sebaik-baik pemberi rezeki" -Surah As-Saba' (ayat 39).


Untuk Makluman Semua

100% sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan projek ini sepenuhnya. Sebagai langkah kesahihan pelaksanaan projek ini, pihak iSADAQAH juga akan sentiasa mengemaskini anda dengan keseluruhan kutipan yang diterima, resit sumbangan, gambar aktiviti kempen serta koordinat GPS komuniti yang menerima bantuan sebagai bukti ketelusan pihak iSADAQAH dalam menjayakan projek ini.

Bantu Kempen Ini

Setiap sumbangan yang diberi kepada kempen ini amat dihargai.

Kongsi Kempen

Bantu biayai kempen ini dengan berkongsi. Satu perkongsian kempen boleh membawa sumbangan RM10 daripada seorang penderma!

Kempen telah berakhir

26 Apr 2023

10% jumlah sumbangan

06 Apr 2023

Sumbangan ke-10

04 Apr 2023

Sumbangan pertama

29 Mar 2023

Kempen dilancarkan

27 Mar 2023