RM 100.00
daripada sasaran RM 15,000.001
penyumbang22
hari lagiMenjadi pengerak dan saluran dalam misi pengumpulan dana infaq bagi membantu dari segi keperluan dan penambahbaikan pusat pendidikan komuniti di Chow Kit, Kuala Lumpur.
Sasaran Pertubuhan Women Leadership bgi kempen infaq ini adalah membantu keperluan kehidupan dan menambahbaik pusat pendidikan bagi memudahkan dan membantu anak-anak dan pelajar-pelajar di Pusat Pendidikan Komuniti Chow Kit mendapat kemudahan serta infrastruktur pembelajaran yang lebih baik bagi masa depan mereka.
Fokus utama kami adalah untuk memperoleh bantuan sumbangan daripada semua pihak serta memfokuskan kepada pemilik bisnes serta mengalakkan anak-anak didik Hasbul Brothers sendiri untuk bersama-sama dalam menjayakan kutipan sumbangan ini.
Semua hasil kumpulan sumbangan 100% akan disalurkan dan diserahkan kepada Pusat Pendidikan Komuniti Chow Kit yang terlibat.
In Shaa Allah
Untuk Makluman Semua
100% sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan projek ini sepenuhnya. Sebagai langkah kesahihan pelaksanaan projek ini, pihak iSADAQAH juga akan sentiasa mengemaskini anda dengan keseluruhan kutipan yang diterima, resit sumbangan, gambar aktiviti kempen serta koordinat GPS komuniti yang menerima bantuan sebagai bukti ketelusan pihak iSADAQAH dalam menjayakan projek ini.
Sumbangan pertama
25 Feb 2025
Kempen dilancarkan
25 Feb 2025