Perlukan bantuan dana segera?  Hubungi kami untuk bantuan kempen.

INFAQ RAMADHAN 2.0

#kamianakputrajaya akan menggerakkan 2 projek di bawa InfaQ Ramadhan 2.0 iaitu Projek Kaseh Ramadhan dan Projek Dapur Tok Cucu dengan sasaran kutipan adalah sebanyak RM7,000.00.
INFAQ RAMADHAN 2.0
Komuniti

RM 1,053.50

daripada sasaran RM 7,000.00
15.05% Complete

38

penyumbang
Mengapa sumbang melalui iSADAQAH dan tidak terus kepada penerima? Baca selebihnya di sini

Setiap nilai sumbangan anda adalah amanah kepada kami, untuk kami sampaikan kepada penerima. Lihat Laporan Kempen

InfaQ Ramadhan 2.0  bersama #kamianakputrajaya


Kelab Anak Muda Perdana sekali lagi akan menggerakkan kempen InfaQ Ramadhan 2.0 pada tahun ini. Pada tahun 2021, melalui Kempen Infaq Ramadhan ini, #kamianakputrajaya telah berjaya menggerakkan 4 buah projek dan berjaya mengumpulkan sebanyak RM7,000. Antara projek yang telah kami gerakkan:-

a- Projek Kurma Anak Muda (edaran kurma kepada orang ramai disekitar Putrajaya)

b- Projek Kaseh Ramadhan (berbuka puasa dan sumbangan baju raya dan kuih raya kepada 30 orang anak yatim/piatu/miskin dari Putrajaya)
 
c- Projek Dapur Tok Cucu (memasak bubur lambuk bersama warga emas dan anak muda Putrajaya dan edaran bubur lambuk kepada anak yatim dan orang ramai)

Untuk tahun 2022 ini, #kamianakputrajaya akan menggerakkan 2 projek iaitu Projek Kaseh Ramadhan dan Projek Dapur Tok Cucu dengan sasaran kutipan adalah sebanyak RM7,000.00. Kami mohon jasa baik tuan/puan agar dapat memberi sokongan dengan menyumbang ke Program InfaQ Ramadhan 2.0 dan menghebahkan kempen ini kepada sahabat-sahabat lain.

Setiap dari sumbangan anda sangat memberi makna kepada mereka yang memerlukan.  Dari Anak Putrajaya kepada Putrajaya.

infaqramadhan
#kamianakputrajaya

2Q==

2Q==

Z

Z

9k=

2Q==

2Q==

 


Untuk Makluman Semua

100% sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan projek ini sepenuhnya. Sebagai langkah kesahihan pelaksanaan projek ini, pihak iSADAQAH juga akan sentiasa mengemaskini anda dengan keseluruhan kutipan yang diterima, resit sumbangan, gambar aktiviti kempen serta koordinat GPS komuniti yang menerima bantuan sebagai bukti ketelusan pihak iSADAQAH dalam menjayakan projek ini.

Bantu Kempen Ini

Setiap sumbangan yang diberi kepada kempen ini amat dihargai.

Kongsi Kempen

Bantu biayai kempen ini dengan berkongsi. Satu perkongsian kempen boleh membawa sumbangan RM10 daripada seorang penderma!

Kempen telah berakhir

10 May 2022

10% jumlah sumbangan

22 Apr 2022

Sumbangan ke-10

13 Apr 2022

Sumbangan pertama

11 Apr 2022

Kempen dilancarkan

10 Apr 2022