Perlukan bantuan dana segera?  Hubungi kami untuk bantuan kempen.

INFAQ RAMADHAN 4.0

#kamianakputrajaya akan menggerakkan 3 projek di bawah Infaq Ramadhan 4.0 iaitu Projek Projek Kaseh Ramadhan,Projek Dapur Tok Cu Dan Sumbangan Anak Yatim dengan sasaran kutipan adalah RM10,000.00
INFAQ RAMADHAN 4.0
Kemanusiaan

RM 2,565.00

daripada sasaran RM 10,000.00
25.65% Complete

133

penyumbang
Mengapa sumbang melalui iSADAQAH dan tidak terus kepada penerima? Baca selebihnya di sini

Infaq Ramadhan 4.0 bersama #kamianakputrajaya dan Sahabat Kafeteen Malaysia.

Kelab Anak Muda Perdana bersama Kelab Sahabat Kafeteen Malaysia sekali lagi akan menggerakkan kempen InfaQ Ramadhan 4.0 pada tahun ini. Pada tahun 2023, melalui Kempen Infaq Ramadhan ini, #kamianakputrajaya telah berjaya melaksanakan 2 buah projek dengan mengumpulkan sumbangan berjumlah RM5,000. Antara projek yang telah  dilaksanakan:

a- Projek Kaseh Ramadhan (berbuka puasa, sumbangan baju raya dan kuih raya kepada anak yatim/ piatu/ fakir miskin dari Putrajaya dan Bangi)

b- Projek Dapur Tok Cucu (memasak bubur lambuk bersama warga emas dan anak muda Putrajaya dan edaran bubur lambuk kepada anak yatim, frontliner dan orang ramai sekitar Putrajaya)

Untuk tahun 2024 ini, #kamianakputrajaya akan menggerakkan  3 buah projek iaitu Projek Kaseh Ramadhan, Projek Dapur Tok Cu dan  Sumbangan Anak Yatim dengan sasaran kutipan adalah sebanyak  RM10,000.00. Antara projek yang akan dilaksanakan dalam Infaq Ramadhan 4.0:-

  1. Projek Kaseh Ramadhan(majlis berbuka puasa, sumbangan barangan asas dan pemberian saguhati  kepada warga emas)
  2. Projek Dapur Tok Cu(memasak bubur lambuk bersama warga emas dan anak muda serta edaran bubur lambuk kepada anak yatim, frontliner dan orang ramai). Bagi tahun 2024, Projek ini akan dijalankan di 3 negeri iaitu di Wilayah Persekutuan Putrajaya, Perak dan Pulau Pinang 
  3. Sumbangan Anak Yatim (sumbangan barangan asas seperti barangan dapur dan lampin pakai buang kepada rumah anak yatim di Bangi, Selangor)

Kami memohon jasa baik Tuan/ Puan agar dapat memberi sokongan dan sumbangan bagi Projek Infaq Ramadhan 4.0 serta menghebahkan kempen ini kepada sahabat- sahabat lain. Setiap dari sumbangan anda amatlah dihargai dan sangat bermakna kepada mereka yang memerlukan.  #infaqramadhan4.0 #kamianakputrajaya #kamisahabatkafeteen

Z

2Q==

9k=

2Q==


Untuk Makluman Semua

100% sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan projek ini sepenuhnya. Sebagai langkah kesahihan pelaksanaan projek ini, pihak iSADAQAH juga akan sentiasa mengemaskini anda dengan keseluruhan kutipan yang diterima, resit sumbangan, gambar aktiviti kempen serta koordinat GPS komuniti yang menerima bantuan sebagai bukti ketelusan pihak iSADAQAH dalam menjayakan projek ini.

Bantu Kempen Ini

Setiap sumbangan yang diberi kepada kempen ini amat dihargai.

Kongsi Kempen

Bantu biayai kempen ini dengan berkongsi. Satu perkongsian kempen boleh membawa sumbangan RM10 daripada seorang penderma!

Kempen telah berakhir

09 Apr 2024

Sumbangan ke-100

29 Mar 2024

10% jumlah sumbangan

18 Mar 2024

Sumbangan ke-50

01 Mar 2024

Sumbangan ke-10

16 Feb 2024

Sumbangan pertama

16 Feb 2024

Kempen dilancarkan

11 Feb 2024