1. Ringkasan Laporan

Pada 8 Mei 2020 bersamaan hari Sabtu, penganjur kempen iaitu saudari Nurun Najihah selaku sukarelawan iSADAQAH telah turun padang untuk menyampaikan sumbangan dalam bentuk wang tunai kepada penyelia Maahad Tahfiz al-Quran al-Mukhtary Lil Banat yang bertempat di Tanjung Karang, Selangor. Alhamdulillah, urusan penyerahan sumbangan berjalan dengan lancar. 

Untuk makluman, perancangan asal untuk memberi sumbangan kepada sebuah rumah anak-anak yatim terpaksa dibatalkan kerana kekangan musim PKP dimana penganjur tidak dapat bergerak jauh untuk mencari rumah anak-anak yatim yang memerlukan. Oleh hal demikian, kami telah bercadang agar sumbangan tersebut disalurkan kepada maahad tahfiz yang berkenaan.

Terima kasih atas sumbangan yang diberikan, semoga sumbangan Tuan/Puan menjadi asbab untuk bekalan di akhirat nanti, amin. 

2. Pecahan Dana

Makanan : RM 2,000.00

3. Nota Terima Kasih

Terima kasih atas sumbangan pihak Tuan/Puan. Hasil sumbangan 100% akan diserahkan kepada pihak yang memerlukan dan sumbangan tuan/puan matlah dihargai. Semoga Allah limpahkan rezeki yang luas buat kalian.