Perlukan bantuan dana segera?  Hubungi kami untuk bantuan kempen.

INFAQ TABUNG PERUBATAN QAISAR

Qaisar menghidapi penyakit SPINAL MUSCULAR ATROPHY (SMA) type 1 pada usia 3 bulan. Kami memerlukan dana yang sangat tinggi untuk menampung kos membelian peralatan mesin dan makanan tambahan.
INFAQ TABUNG PERUBATAN QAISAR
Perubatan

RM 133.00

daripada sasaran RM 100,000.00
0.133% Complete

16

penyumbang

63

hari lagi
Mengapa sumbang melalui iSADAQAH dan tidak terus kepada penerima? Baca selebihnya di sini

 

Qaisar kini berusia 1 tahun 11bulan, Qaisar disahkan menghidap penyakit (rare disease) iaitu (SMA)Spinal Muscular Athrophy type 1 sewaktu Qaisar berumur 3 bulan. Ia menyebabkan semakin hari kemerosotan otot-otot keseluruhan badan dan paru-parunya menjadi lemah akan membuat Qaisar sukar untuk bernafas hingga menyebabkan Qaisar bergantung pada mesin pernafasan(mesin bipap).

Pada usia Qaisar 5 bulan keupayaan untuk menelan air liur semakin merosot dan semakin berkahak. Oleh itu,Qaisar mudah terkena jangkitan paru-paru sehingga Qaisar perlu kerap mengambil neb dan menyedut kahak yang terkumpul dalam mulut. Sebanyak 3 kali Qaisar ditahan ward  kerana pernafasan laju dan bacaan oksigen tidak stabil manakala bacaan oksigen pernah drop sehingga mukanya menjadi biru.

Semenjak Qaisar sakit kami tidak mampu menanggung segala kos perubatan, kos rawatan, kos peralatan,kos susu dan kos keperluan harian secara sendiri kerana kos tersebut sangatlah tinggi nilainya. Kos perubatan Qaisar iaitu ubat RISDIPLAM berharga rm40,400. Ubat ini perlu dimakan setiap hari untuk mengelakkan kemerosotan otot-otot Qaisar dan ubat ini hanya bertahan cuma 1 bulan lebih ikut kepada berat Qaisar. Peralatan yang Qaisar perlukan seperti ryles tube, paip sedut kahak, syringe , duo derm dan  barang keperluan harian Qaisar adalah pampers , tisu kering , tisu basah , susu dan lain lain lagi.

y8AAAAASUVORK5CYII=   2Q==2Q==9k=2Q==

 

Sedemekian itu,sebelum umur Qaisar mencecah 2 tahun ia juga perlu mendapatkan ubat secara efektif iaitu ubat (gene theraphy) ZOLGENSMA berharga USD 2.1juta bersamaan RM9 juta lebih.Tapi tiada rezeki Qaisar untuk mendapat rawatan tersebut atas faktor umur Qaisar yang sudah hampir 2 tahun.

Sesungguhnya kami mohon mendoakan Qaisar sembuh sepenuhnya dan memohon bantuan sumbangan daripada anda semua untuk menampung kos rawatan anak kami dan kami berharap anak sulung kami sihat dan membesar seperti kanak-kanak yang lain. Kami sangat mengalu-alukan sumbangan daripada anda semua untuk bantu Qaisar


Untuk Makluman Semua

100% sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan projek ini sepenuhnya. Sebagai langkah kesahihan pelaksanaan projek ini, pihak iSADAQAH juga akan sentiasa mengemaskini anda dengan keseluruhan kutipan yang diterima, resit sumbangan, gambar aktiviti kempen serta koordinat GPS komuniti yang menerima bantuan sebagai bukti ketelusan pihak iSADAQAH dalam menjayakan projek ini.

Bantu Kempen Ini

Setiap sumbangan yang diberi kepada kempen ini amat dihargai.

Sumbang
Kongsi Kempen

Bantu biayai kempen ini dengan berkongsi. Satu perkongsian kempen boleh membawa sumbangan RM10 daripada seorang penderma!

Sumbangan ke-10

09 Nov 2024

Sumbangan pertama

28 Oct 2024

Kempen dilancarkan

26 Oct 2024