Perlukan bantuan dana segera?  Hubungi kami untuk bantuan kempen.

INISIATIF SARA HIDUP

Mengumpul dana bertujuan untuk menyara kos sara hidup dengan berniaga
INISIATIF SARA HIDUP
Kemanusiaan

RM 0.00

daripada sasaran RM 30,000.00
0% Complete

0

penyumbang

69

hari lagi
Mengapa sumbang melalui iSADAQAH dan tidak terus kepada penerima? Baca selebihnya di sini
Permohonan Sumbangan/Sebahagian Tajaan Untuk Perniagaan Kecil
 
Saya merujuk kepada perkara di atas dan dengan segala hormatnya ingin memohon sumbangan tajaan atau sebahagian daripada pihak Encik Pinn Yang untuk membantu perniagaan kecil bagi kemampuan berdikari menampung kos sara hidup kini.
 
Nama saya Muhammad Firdaus Bin Muhammad Shah, pemilik AusDD Delights, yang beroperasi sepenuh masa dari rumah, T3-34, Blok 45, Jalan Cendana 10, Taman Cendana, 81700 Pasir Gudang, Johor Darul Ta’zim, Malaysia. Perniagaan kami bergerak dalam bidang minuman dan konfeksioneri. Sejak memulakan operasi pada 2021, kami telah mengalami beberapa cabaran dan kekangan yang memerlukan sokongan kewangan untuk berkembang, terutamanya dalam pembiayaan kos sara hidup, meningkatkan kapasiti pengeluaran, memperluas pasaran, pemilikan premis dan pemasaran atau pengenalan produk pada pelanggan.
 
Dengan adanya sebahagian/sumbangan tajaan daripada pihak Encik Pinn Yang berharap dapat:
1. Meningkatkan kemudahan,pemasaran dan infrastruktur perniagaan.
2. Menambah baik produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.
3. Mengembangkan pasaran serta meningkatkan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.
4. Meningkatkan daya saing perniagaan di peringkat nasional terlebih dahulu.
5. Modal pusing untuk gandakan produksi.
6. Membuka premis perniagaan.
 
Saya hanyalah manusia biasa yang dipandang rendah mengharapkan ihsan daridapa pihak Tuan/Puan.

Pada 1 Februari 2021, saya merantau ke Johor dan telah menetap di Johor sudah hampir sedekad, hidup menumpang bersama keluarga angkat.Keluarga kandung saya semuanya masih menetap di Sabah hingga kini. Ibu angkat sekarang menjadi ibu tunggal sejak 16 Jun 2023. Keluarga ini bukan orang berada, mereka juga golongan asnaf miskin dan gharimin. Ekonomi keluarga ini sebelumnya hanyalah cukup sekadar kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Keluarga sebesar 8 orang termasuk saya. Enam beradik termasuk saya yang kedua paling tua. 4 lelaki 2 perempuan dan kedua perempuan sudahpun berkahwin kecuali yang lelaki. Maka tinggallah kami berlima dalam satu rumah akan tetapi masih dibelenggu dengan kekangan kesempitan kewangan. Ekonomi keluarga ini hanyalah bergantung sepenuhnya pada upah yang diambil dari pakcik yang duduk di Gelang Patah. Pakcik ini adik bongsu kepada ibu. Hampir sedekad itulah punca pendapatan pencarian untuk menampung kehidupan seharian kami disini. Tetapi kini, ekonomi semakin merosot sejak pandemik Covid-19 bermula melarat sehingga hari ini. Saya telah menempah tiket penerbangan untuk menjenguk keluarga kandung di Sabah, tetapi tarikh yang saya perkenankan tidak membenarkan saya pergi disebabkan pandemik Covid-19 atas halangan penerbangan kemana-mana pun. Ketika itu saya masih berkerja di MekDi. Ketika itu, hanya saya seorang sahaja boleh bergerak kemana-mana untuk berkerja dan membeli barang dapur, saya seorang sahaja yang mempunyai mata pencarian. Jadi saya redha untuk berkongsi segala dalam 2 kinggu pertama. Segala simpanan yang ada ketika itu terus habis digunakan untuk menampung keluarga angkat dan kandung saya. Simpanan itulah untuk saya berbelanja ketika saya dapat ziarah ke Sabah. Saya berkerja selama 3 tahun dan saya berkesempatan untuk memiliki sebuah motor dan kereta ketika berkerja. Motor telahpun habis bayar menjadi hak sepenuhnya milik saya, tetapi sejak tahun lepas(Ogos 2023) kereta saya ditarik pihak bank. Saya berhenti kerja pada 4 Disember 2021 dengan niat ingin memperkembangkan daripada hanya mengambil upah sebaiknya kami menjual sendiri hasil buatan kuih upahan itu. Jadi saya telah membuat pinjaman di kredit komuniti City Excel Sdn Bhd(RM8000.00),  RM 8500.00 pengeluaran KWSP dan pinjaman TEKUN RM10,000.00. Dengan sejumlah wang yang ada ini saya langsaikan hutang-hutang yang tertunggak ketika itu dan juga telah memodalkan perniagaan, beberapa mesin peralatan dan bahan-bahan keperluan bersama barang dapur untuk menempuh hari akan datang. Akan tetapi nasib tidak menyebelahi saya dan keluarga, ayah(strok & jantung) dan adik lelaki(jantung) telah jatuh sakit. Bermula inilah lagi kekangan cabaran yang tak diduga satu persatu menimpa kami sehingga kini. Adik lelaki(29 tahun, menghidap penyakit jantung) tidak berkemampuan untuk berkerja, buat kerja sikit dengan serta merta perlu ke hospital. Pendapatan utama kami masih jatuh hanya dengan mengambil upah dari pakcik Gelang Patah. Yang berkerja ambil upah hanyalah saya dan abang angkat saya. Jadinya, kami berdua sahajalah yang menampung segala kos sara hidup. Adik bongsu masih sekolah berumur 14tahun.
Sesudah itu pula, bermula awal tahun ini, pakcik Gelang Patah pula menghidap strok. Hasil punca pendapatan kami langsung terjejas sehingga hari ini. Kami tidak lagi dapat membuat mengambil upah kuih frozennya lagi. Dengan tiada kenderaan hanya sebiji motor saya itulah kesana sini. Hutang keliling pinggang disana sini atas nama saya seorang yang tidak mempunyai sebarang pertalian dengan mereka. IC saya sudah pun ditukar ke alamat rumah di tempat saya menetap.
Abang dan saya cuba mencari cara lain dengan berniaga kecil-kecilan dengan menjual hanya Aiskrim Malaysia dan air minuman Sticky Milk sehingga hari ini. Ibu pula berkeras ingin berkerja dengan rakannya sebagai cleaner di Maybank Pasir Gudang. Namun dengan inisiatif ini masih tidak cukup lagi disebabkan banyak sangat bil-bil rumah, api & air tertunggak dan juga hutang-hutang yang perlu dibayar dengan orang sekeliling.
Akaun utama yang digunakan adalah akaun saya.
Saya masih mempunyai niat besar untuk memperkembangkan perniagaan ini. Dengan pengalaman yang saya ada, saya yakin saya boleh memajukan ekonomi kami sekeluarga.
Dengan itu, saya memerlukan beberapa bantuan terutama kewangan, peralatan dan bahan keperluan modal pusingan.
Maaflah jika ini kelihatan melampau, tetapi inilah hakikatnya. Saya berumur 33tahun sama dengan abang saya. Masih muda dan sihat tapi tidak berkemampuan untuk berkerja makan gaji dengan orang lain lagi. Berniat hanya ingin berniaga. Dengan niaga ini ibu tidak oerlu berkerja lagi, cuma tolong tengokkan adik yang sakit dan masih bersekolah sahaja. Biar kami berdua yang berniaga untuk mencari hasil mata pencarian.
Saya ada menyediakan kertas-kertas kerja, termasuk beberapa sebutharga peralatan dan bahan keperluan.
Diharapkan ada yang mulia hati dan pemurah untuk membantu mengubah nasib kami.
Saya dengan senang hati akan berkongsi perkembangan kami di laman media sosial atau secara peribadi.

Yang Benar,
Muhammad Firdaus Bin Muhammad Shah
Pemilik AusDD Delights
Maybank-162179766489
0187807208
T3-34 & T5-77, Blok 45, Jalan Cendana 10, Taman Cendana, 81700 Pasir Gudang, Johor.

Untuk Makluman Semua

100% sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan projek ini sepenuhnya. Sebagai langkah kesahihan pelaksanaan projek ini, pihak iSADAQAH juga akan sentiasa mengemaskini anda dengan keseluruhan kutipan yang diterima, resit sumbangan, gambar aktiviti kempen serta koordinat GPS komuniti yang menerima bantuan sebagai bukti ketelusan pihak iSADAQAH dalam menjayakan projek ini.

Bantu Kempen Ini

Setiap sumbangan yang diberi kepada kempen ini amat dihargai.

Sumbang
Kongsi Kempen

Bantu biayai kempen ini dengan berkongsi. Satu perkongsian kempen boleh membawa sumbangan RM10 daripada seorang penderma!

Kempen dilancarkan

07 Dec 2024