Gombak, Selangor

3.18956400, 101.36430710
Kemanusiaan

RM 755.00

daripada sasaran RM 600.00
125.83333333333% Complete
22
Penyumbang
30
Hari
Dilaporkan Oleh Sukarelawan:

1. Ringkasan Laporan

Program ini bertujuan untuk melestarikan masyarakat Orang Asli dan memberi peluang untuk mereka memajukan kehidupan mereka dari segi ekonomi, sosial dan gaya hidup. Lebih-lebih lagi, kami ingin memperkasakan kebajikan masyarakat Orang Asli. Puji syukur kami panjatkan kehadrat Allah SWT yang telah memberikan kami kekuatan dan kesempatan untuk menyelesaikannya program ini dengan jayanya. Sepanjang program ini, semuanya berjalan lancar walaupun terdapat beberapa gangguan dan perlu ditangguhkan serta mengubah aktiviti kepada program sumbangan, tetapi Alhamdullilah, kami berjaya mengatasinya. Semoga segala usaha kita dalam membantu dan berkhidmat kepada penduduk Sungai Ulu Yam memberi pemahaman yang lebih baik tentang Islam dan diterima Allah SWT. Semoga Allah melimpahkan RahmatNya kepada kita dan memudahkan kita untuk meneruskan kerja kita sebagai sukarelawan. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dalam projek ini dan secara tidak langsung atas kerja berpasukan yang ikhlas dan sumbangan mereka dalam menjayakan projek ini.

2. Pecahan Dana

Makanan : RM 500.00
Lain-lain : RM 100.00

3. Nota Terima Kasih

Terima Kasih Atas Rezeki yang dikongsi, Di langit ada pelangi, Tak ku lupa hitung warnanya, Cukup sekian dari kami, Terima kasih perhatiannya.