Perlukan bantuan dana segera?  Hubungi kami untuk bantuan kempen.

JASA'S ENSINO JAMBOREE: INFINITY UNPLUGGED

Kelab JASA akan menganjurkan “JASA’s Ensino Jamboree: Infinity Unplugged”, sebuah program berbentuk kelas tuisyen untuk pelajar-pelajar Orang Asli SK(A) Bukit Kemandol.
JASA'S ENSINO JAMBOREE: INFINITY UNPLUGGED
Pendidikan

RM 0.00

daripada sasaran RM 12,610.50
0% Complete

0

penyumbang

54

hari lagi
Mengapa sumbang melalui iSADAQAH dan tidak terus kepada penerima? Baca selebihnya di sini

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Kelab JASA akan menganjurkan “JASA’s Ensino Jamboree: Infinity Unplugged” untuk membantu pelajar-pelajar Orang Asli di SK(A) Bukit Kemandol, Bukit Saujana Putra. Program ini merupakan inisiatif pendidikan yang berfokus untuk memperkukuh asas pembelajaran dan menyokong pencapaian akademik pelajar melalui pendekatan yang interaktif dan berkesan. Program ini akan berlangsung selama 3 hari dan bertujuan untuk menyokong perkembangan pendidikan pelajar. Jumlah sasaran kutipan dana adalah sebanyak RM12,610.50, yang akan digunakan bagi menampung keperluan sepanjang pelaksanaan program ini. 

TARIKH: 24 October 2025 - 26 October 2025

TEMPOH: 3 hari 

TEMPAT: Pusat Latihan dan Rekreasi Sungai Congkak, Hulu Langat, Selangor

SASARAN KUTIPAN: RM12610.50

Ribuan terima kasih di atas sumbangan anda. Semoga Allah membalas jasa anda dengan ganjaran pahala yang melimpah-ruah serta rezeki yang diberkati. Mohon doakan program kami berjalan dengan lancar. Jika terdapat lebihan kutipan derma untuk program ini, akan kami salurkan ke program seterusnya.


Untuk Makluman Semua

100% sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan projek ini sepenuhnya. Sebagai langkah kesahihan pelaksanaan projek ini, pihak iSADAQAH juga akan sentiasa mengemaskini anda dengan keseluruhan kutipan yang diterima, resit sumbangan, gambar aktiviti kempen serta koordinat GPS komuniti yang menerima bantuan sebagai bukti ketelusan pihak iSADAQAH dalam menjayakan projek ini.

Bantu Kempen Ini

Setiap sumbangan yang diberi kepada kempen ini amat dihargai.

Sumbang
Kongsi Kempen

Bantu biayai kempen ini dengan berkongsi. Satu perkongsian kempen boleh membawa sumbangan RM10 daripada seorang penderma!

Kempen dilancarkan

26 Jun 2025