Perlukan bantuan dana segera?  Hubungi kami untuk bantuan kempen.

JASA’S ENSINOSAURUS 2.0 RAIKAN SYAWAL

"Jasa's Ensinosaurus Raikan Syawal” adalah program yang dijalankan oleh JASA dengan fokus pada sesi pembelajaran untuk adik-adik di SK Bukit Kemandol.
JASA’S ENSINOSAURUS 2.0 RAIKAN SYAWAL
Pendidikan

RM 550.00

daripada sasaran RM 1,155.00
47.619047619048% Complete

28

penyumbang

12

hari lagi
Mengapa sumbang melalui iSADAQAH dan tidak terus kepada penerima? Baca selebihnya di sini

Program ini akan dijalankan di SK(A) Bukit Kemandol, Banting, Selangor selama 1 hari (18/5/2024). Kami akan menjalankan program ini bertujuan untuk memperkasakan pembangunan orang Asli terutamanya dari segi pendidikan. Sasaran Kutipan Adalah sebanyak RM1155.00. 

Program yang dijalankan oleh JASA dengan fokus pada pembelajaran adik-adik dari SK(A) Bukit Kemandol yang melibatkan pelajar dari tahun 4 hingga tahun 6 untuk memantapkan lagi kefahaman mereka dalam pembelajaran mereka khususnya subjek bahasa melayu, matematik dan juga sains.

Program ini dirancang khusus untuk membantu pelajar meneroka potensi mereka, membangunkan kemahiran yang diperlukan sebelum melangkah ke alam persekolahan menengah, serta menggilap kemahiran insaniah seperti komunikasi dan penyelesaian masalah melalui latihan pembelajaran mereka. 

100% sumbangan yang diterima akan digunakan sepenuhnya untuk melaksanakan program ini. Sebagai langkah kesahihan berkenaan wang yang bakal digunakan, orang awam boleh melihat status semasa program ini melalui Instagram JASA iaitu @jasaclubiium. Semua gambar sebelum dan semasa aktiviti dijalankan akan dimuat naik sebagai bukti proses pelaksanaan program. Jikalau terdapat duit lebihan program, duit akan disalurkan pada program akan datang. 

 


Untuk Makluman Semua

100% sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan projek ini sepenuhnya. Sebagai langkah kesahihan pelaksanaan projek ini, pihak iSADAQAH juga akan sentiasa mengemaskini anda dengan keseluruhan kutipan yang diterima, resit sumbangan, gambar aktiviti kempen serta koordinat GPS komuniti yang menerima bantuan sebagai bukti ketelusan pihak iSADAQAH dalam menjayakan projek ini.

Bantu Kempen Ini

Setiap sumbangan yang diberi kepada kempen ini amat dihargai.

Sumbang
Kongsi Kempen

Bantu biayai kempen ini dengan berkongsi. Satu perkongsian kempen boleh membawa sumbangan RM10 daripada seorang penderma!

10% jumlah sumbangan

17 Apr 2024

Sumbangan ke-10

17 Apr 2024

Sumbangan pertama

16 Apr 2024

Kempen dilancarkan

15 Apr 2024