RM 5.00
daripada sasaran RM 1,382.851
penyumbang28
hari lagiAssalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,
Kelab JASA akan menganjurkan program “JASA’s Ensinoverse 1.0 Tarbiyyah Syawal” yang memfokuskan kepada sesi pembelajaran bersama pelajar-pelajar di SK Bukit Kemandol. Program ini bertujuan membantu adik-adik meneroka potensi diri, membangunkan kemahiran asas sebelum melangkah ke alam luar, serta menggilap kemahiran insaniah seperti komunikasi, kepimpinan, dan kerjasama dalam tugasan berkumpulan.Pendekatan ini diharapkan dapat menyokong perkembangan sahsiah dan akademik peserta secara menyeluruh.Sehubungan itu, jumlah peruntukan yang diperlukan bagi menjayakan program ini adalah sebanyak RM1,382.85, yang akan digunakan untuk menampung keperluan sepanjang pelaksanaan program.Selain itu, program ini juga akan meraikan Raya Aidilfitri bersama pelajar supaya dapat mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna.
TARIKH: 11 APRIL 2026
TEMPOH: 1 HARI
TEMPAT: SK (A) Bukit Kemandol, Banting, Selangor.
SASARAN KUTIPAN: RM1,382.85
Ribuan terima kasih di atas sumbangan anda. Semoga Allah membalas jasa anda dengan ganjaran pahala yang melimpah-ruah serta rezeki yang diberkati. Mohon doakan program kami berjalan dengan lancar. Jika terdapat lebihan kutipan derma untuk program ini, akan kami salurkan ke program seterusnya.
Untuk Makluman Semua
100% sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan projek ini sepenuhnya. Sebagai langkah kesahihan pelaksanaan projek ini, pihak iSADAQAH juga akan sentiasa mengemaskini anda dengan keseluruhan kutipan yang diterima, resit sumbangan, gambar aktiviti kempen serta koordinat GPS komuniti yang menerima bantuan sebagai bukti ketelusan pihak iSADAQAH dalam menjayakan projek ini.
Sumbangan pertama
24 Mar 2026
Kempen dilancarkan
24 Mar 2026

