Perlukan bantuan dana segera?  Hubungi kami untuk bantuan kempen.

JASA`S MEGA OUTREACH “PROJEK IKHLAS: TOHOI 9.0”

JASA’s Mega Outreach “ Projek Ikhlas: Tohoi 9.0” adalah sebuah program yang dijalankan bertujuan untuk mengeratkan hubungan bersama ahli kelab JASA UIAM dengan masyarakat orang asli di Kg. Orang Asli
JASA`S MEGA OUTREACH “PROJEK IKHLAS: TOHOI 9.0”
Kemanusiaan

RM 2,376.46

daripada sasaran RM 33,635.50
7.0653327585438% Complete

72

penyumbang
Mengapa sumbang melalui iSADAQAH dan tidak terus kepada penerima? Baca selebihnya di sini

Program ini akan dijalankan di Kampung Orang Asli Pos Tohoi, Gua Musang, Kelantan selama 6 hari (17/2/2024 - 22/2/2024). Sepanjang program berlangsung, kami telah merancang untuk melakukan pelbagai aktiviti bersama orang kampung. Antara aktiviti yang akan diadakan bersama orang kampung ialah ziarah ke rumah, aktiviti berkhatan, pemeriksaan kesihatan, aktiviti sukan, modul belajar bersama adik-adik, tazkirah dan gotong-royong. Selain itu, program ini juga akan membawa bantuan berbentuk keperluan asas merangkumi makanan dan pakej kebersihan bagi kegunaan masyarakat orang asli di kampung tersebut. 

Oleh itu, kami memerlukan sebanyak RM 33,635.50 untuk kami jalankan program ini dengan jayanya. Kami dengan rendah hati ingin memohon jasa baik semua pihak untuk membantu kami mencapai sasaran kutipan sebanyak RM 33,635.50 untuk merealisasikan program ini. Sebarang sumbangan yang kami terima akan digunakan 100% untuk tujuan program ini dan akan disalurkan kepada penduduk Kampung Orang Asli Pos Tohoi, Gua Musang, Kelantan. 


Untuk Makluman Semua

100% sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan projek ini sepenuhnya. Sebagai langkah kesahihan pelaksanaan projek ini, pihak iSADAQAH juga akan sentiasa mengemaskini anda dengan keseluruhan kutipan yang diterima, resit sumbangan, gambar aktiviti kempen serta koordinat GPS komuniti yang menerima bantuan sebagai bukti ketelusan pihak iSADAQAH dalam menjayakan projek ini.

Bantu Kempen Ini

Setiap sumbangan yang diberi kepada kempen ini amat dihargai.

Kongsi Kempen

Bantu biayai kempen ini dengan berkongsi. Satu perkongsian kempen boleh membawa sumbangan RM10 daripada seorang penderma!

Kempen telah berakhir

03 Feb 2024

Sumbangan ke-50

23 Jan 2024

Sumbangan ke-10

22 Dec 2023

Sumbangan pertama

11 Dec 2023

Kempen dilancarkan

09 Dec 2023