RM 148.00
daripada sasaran RM 27,396.6014
penyumbang50
hari lagiAssalamualikum dan Salam Sejahtera,
Kelab JASA akan menganjurkan "JASA's Mega Outreach: Projek Iman Tohoi 11.0" sebagai kesinambungan usaha berterusan kelab ini untuk membantu komuniti Orang Asli di Pos Tohoi, Gua Musang, Kelantan. Projek Iman Tohoi 11.0 memerlukan bajet sebanyak RM27,396.60 untuk membeli barang keperluan asas seperti tepung gandum, bihun, gula, garam, biskut kering, teh, susu tin, beras, sardin, minyak masak, dan kit kebersihan (hygiene kits). Program ini bertujuan untuk memberi impak positif yang berkekalan, dengan setiap usaha dijalankan bagi meningkatkan kesejahteraan komuniti. Dengan sokongan dan sumbangan semua pihak, Kelab JASA berharap dapat menyokong pembangunan jangka panjang komuniti Orang Asli di Pos Tohoi. Antata objektif program ini adalah untuk melahirkan intelektual, profesional, dan sarjana yang berkualiti tinggi dengan menyepadukan kualiti iman (iman), ilmu ('ilm), dan akhlak yang mulia (akhlaq) untuk berkhidmat sebagai ejen kemajuan yang komprehensif dan seimbang serta pembanguna mampan di Malaysia dan di dunia Islam.
TARIKH: 13 Febuari 2026 - 19 Febuari 2026
TEMPOH: 7 Hari
TEMPAT: Kampung Pos Tohoi, Gua Musang, Kelantan
SASARAN KUTIPAN: RM 27,396.60
Kelab JASA ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah menyokong dan memberi sumbangan untuk "JASA's Mega Outreach: Projek Iman Tohoi 11.0". Tanpa sokongan anda, program ini tidak akan berjaya. Kami amat menghargai setiap bantuan dan keprihatinan yang diberikan. Terima Kasih sekali lagi atas sokongan anda. Mohon doakan program kami berjalan dengan lancar. Jika terdapat lebihan kutipan derma untuk program ini, akan kami salurkan ke program seterusnya.
Untuk Makluman Semua
100% sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan projek ini sepenuhnya. Sebagai langkah kesahihan pelaksanaan projek ini, pihak iSADAQAH juga akan sentiasa mengemaskini anda dengan keseluruhan kutipan yang diterima, resit sumbangan, gambar aktiviti kempen serta koordinat GPS komuniti yang menerima bantuan sebagai bukti ketelusan pihak iSADAQAH dalam menjayakan projek ini.
Sumbangan ke-10
09 Jan 2026
Sumbangan pertama
05 Jan 2026
Kempen dilancarkan
01 Jan 2026

