Perlukan bantuan dana segera?  Hubungi kami untuk bantuan kempen.

JASA’S MEGA OUTREACH: TAHA FOR TOHOI 2023

Kami dari Kelab Jasa ingin mengumpul dana untuk menjalankan aktiviti serta mengeratkan hubungan bersama masyarakat orang asli di Kampung Orang Asli Pos Tohoi yang terletak di Gua Musang, Kelantan.
JASA’S MEGA OUTREACH: TAHA FOR TOHOI 2023
Kemanusiaan

RM 4,497.00

daripada sasaran RM 26,282.00
17.110569971844% Complete

168

penyumbang
Mengapa sumbang melalui iSADAQAH dan tidak terus kepada penerima? Baca selebihnya di sini

Assalamualaikum wbt, Sukacita kami maklumkan, kami dari Kelab Jalinan Siswa Bersama Masyarakat Orang Asli, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Kelab JASA UIAM) akan mengadakan program kesukarelawanan yang diberi nama “JASA’S MEGA OUTREACH: TAHA FOR TOHOI 2023” yang akan diadakan selama 6 hari pada 17/2/2023 hingga 22/2/2023.

Untuk makluman Tuan/Puan, Kelab JASA UIAM mempunyai pertalian yang sangat rapat bersama penduduk di Kampung Orang Asli Pos Tohoi, Gua Musang, Kelantan. Kebiasaannya, setiap tahun kelab kami akan menziarahi kampung ini untuk melakukan pelbagai aktiviti bersama. Namun, sejak pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia, sudah hampir 2 tahun kami tidak dapat masuk ke sana untuk menjalankan program. Justeru itu, kelab kami merancang untuk menziarahi mereka pada tarikh yang telah disebut untuk mengeratkan kembali hubungan, di samping membawa bantuan berbentuk keperluan asas yang dapat mereka gunakan dalam aktiviti seharian.

Sepanjang 6 hari program yang akan berlangsung, kami telah merancang untuk melakukan pelbagai aktiviti bersama orang kampung, bersama matlamat utama iaitu berkongsi ajaran agama Islam bersama mereka. Antara aktiviti yang akan diadakan ialah ziarah ke rumah, aktiviti sukan bersama orang kampung, module belajar bersama adik-adik, tazkirah, gotong-royong dan pelbagai lagi.

Maka dengan itu, kami memerlukan sebanyak RM26,282.00 untuk kami jalankan program ini dengan jayanya.

Kami dengan rendah hati ingin memohon jasa baik pihak Tuan/Puan untuk membantu kami mencapai sasaran kutipan sebanyak RM26,282.00 ini untuk merealisasikan program kami ini dengan jayanya. Sebarang sumbangan yang kami terima akan digunakan 100% untuk tujuan program ini dan akan disalurkan kepada penduduk Kampung Orang Asli Pos Tohoi, Gua Musang, Kelantan.

 


Untuk Makluman Semua

100% sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan projek ini sepenuhnya. Sebagai langkah kesahihan pelaksanaan projek ini, pihak iSADAQAH juga akan sentiasa mengemaskini anda dengan keseluruhan kutipan yang diterima, resit sumbangan, gambar aktiviti kempen serta koordinat GPS komuniti yang menerima bantuan sebagai bukti ketelusan pihak iSADAQAH dalam menjayakan projek ini.

Bantu Kempen Ini

Setiap sumbangan yang diberi kepada kempen ini amat dihargai.

Kongsi Kempen

Bantu biayai kempen ini dengan berkongsi. Satu perkongsian kempen boleh membawa sumbangan RM10 daripada seorang penderma!

Kempen telah berakhir

11 Feb 2023

Sumbangan ke-100

06 Jan 2023

10% jumlah sumbangan

02 Jan 2023

Sumbangan ke-50

16 Dec 2022

Sumbangan ke-10

06 Dec 2022

Sumbangan pertama

05 Dec 2022

Kempen dilancarkan

02 Dec 2022