RM 0.00
daripada sasaran RM 4,437.300
penyumbang59
hari lagiKelab JASA akan menganjurkan “ JASA’S MENTORISE: “BEYOND LIMITS ” sebagai salah satu wadah dalam membina sahsiah murid khususnya dalam masyarakat asli yang bersekolah di SK (A) Putra,Jelebu, Negeri Sembilan.Program ini memerlukan bajet sebanyak RM 4437.30 bagi menampung kos pelaksanaan seperti modul latihan pendidikan, makanan dan minuman, serta logistik program.Program ini bertujuan untuk memberi impak positif yang berkekalan dengan membina keyakinan diri pelajar melalui peluang kepimpinan, mengasah pemikiran kritis menerusi cabaran penyelesaian masalah secara kreatif, serta memupuk ketahanan emosi dan kecerdasan berasaskan empati. Dengan sokongan dan sumbangan semua pihak, Kelab Jasa berharap dapat menyokong dan membantu generasi muda dalam membentuk jati diri dan kemahiran mereka di Sekolah Kebangsaan Putra.
TARIKH: 13 November 2026 – 15 November 2026
TEMPOH: 3 hari
TEMPAT: SK(A) Putra,Jelebu,Negeri Sembilan
Sasaran Kutipan: RM 4437.30
Ribuan terima kasih di atas sumbangan anda. Semoga Allah membalas jasa anda dengan ganjaran pahala yang melimpah-ruah serta rezeki yang diberkati. Mohon doakan program kami berjalan dengan lancar. Jika terdapat lebihan kutipan derma untuk program ini, akan kami salurkan ke program seterusnya.
Untuk Makluman Semua
100% sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan projek ini sepenuhnya. Sebagai langkah kesahihan pelaksanaan projek ini, pihak iSADAQAH juga akan sentiasa mengemaskini anda dengan keseluruhan kutipan yang diterima, resit sumbangan, gambar aktiviti kempen serta koordinat GPS komuniti yang menerima bantuan sebagai bukti ketelusan pihak iSADAQAH dalam menjayakan projek ini.
Kempen dilancarkan
14 Oct 2026

