RM 0.00
daripada sasaran RM 4,927.650
penyumbang58
hari lagiKelab JASA akan menganjurkan JASA’s Mentoring: "JASA MENTORX, NEXT GEN PIPOA" sebuah program pendidikan dan pembangunan sahsiah yang menyasarkan pelajar Orang Asli di Pusat Intelek Pelajar Orang Asli (PIPOA), Rompin, Pahang. Inisiatif ini dirangka untuk memberi impak jangka panjang terhadap kemajuan akademik dan kesejahteraan emosi para pelajar melalui pendekatan bimbingan dan pembelajaran yang interaktif serta menyeluruh. Program ini memerlukan sumbangan bagi menampung bajet sebanyak RM4,927.65, yang merangkumi kos makan minum, bahan pengajaran, dan keperluan logistik sepanjang program berlangsung.Program ini bertujuan untuk memberi impak positif yang berkekalan dengan memberi pendedahan pemikiran luar kotak serta membina hala tuju pendidikan pelajar yang lebih baik dan bertujuan menyokong pembangunan kemahiran holistik abad ke-21 melalui aplikasi STEM, pemikiran SMART, dan daya adaptasi.
TARIKH: 17 - 19 Julai 2026
TEMPOH: 3 hari
TEMPAT: Pusat Intelek Pelajar Orang Asli (PIPOA), Rompin, Pahang.
SASARAN KUTIPAN: RM 4,927.65
Kelab JASA ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang telah memberi sokongan dan sumbangan untuk program JASA’s Mentoring: “JASA MENTORX, NEXT GEN PIPOA” Tanpa sokongan daripada anda, usaha kami untuk menjayakan program ini tidak akan menjadi kenyataan. Terima kasih sekali lagi atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan kepada program ini. Mohon doakan program kami berjalan dengan lancar. Jika terdapat lebihan kutipan derma untuk program ini, akan kami salurkan ke program seterusnya.
Untuk Makluman Semua
100% sumbangan yang diterima akan digunakan untuk pelaksanaan projek ini sepenuhnya. Sebagai langkah kesahihan pelaksanaan projek ini, pihak iSADAQAH juga akan sentiasa mengemaskini anda dengan keseluruhan kutipan yang diterima, resit sumbangan, gambar aktiviti kempen serta koordinat GPS komuniti yang menerima bantuan sebagai bukti ketelusan pihak iSADAQAH dalam menjayakan projek ini.
Kempen dilancarkan
13 Jun 2026

